awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPj anjur bacaan Yasin secara maya esok

Bernama
Bernama
30/06/2021
02:20 MYT
PPj anjur bacaan Yasin secara maya esok
Majlis diadakan bertujuan memohon perlindungan Allah agar Malaysia serta Putrajaya khususnya diakhiri segera dari musibah pandemik COVID-19. -Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tadabbur Surah Yasin Peringkat Putrajaya secara maya, esok bermula 7.45 malam.
Pengarah (Komunikasi Korporat) PPj Tengku Aina Tengku Ismail Shah berkata majlis itu, yang turut mendapat kerjasama dari masjid-masjid dan surau-surau di Putrajaya, diadakan bertujuan memohon perlindungan Allah agar Malaysia serta Putrajaya khususnya diakhiri segera dari musibah pandemik COVID-19.
"Di samping itu, majlis ini turut mendoakan kesejahteraan rakyat dari segi kesihatan fizikal dan mental serta diberi kekuatan kepada para barisan hadapan yang kini sedang berjuang mendepani pandemik seterusnya kesembuhan pesakit COVID-19," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Tengku Aina berkata bacaan Yasin akan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Ustaz Ikmal Zaidi Hashim di Kompleks Islam Putrajaya dan dibaca serentak di Masjid Putra Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Mahmoodiah Putrajaya, Masjid Negara Kuala Lumpur serta surau-surau di Putrajaya bermula 7.45 malam dan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook agensi.
Beliau berkata antara mereka yang akan turut menyertai majlis ini, Presiden PPj Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur Ehsan Mohd Hosni, Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Ustaz Nor Azamir Alias, Naib-naib Presiden PPj, pegawai kanan Jakim serta JAWI dan Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPj
#bacaan Yasin
#JAKIM
#COVID-19
#pandemik
#Putrajaya
#Tengku Aina Tengku Ismail Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan