GEORGE TOWN: Hospital swasta di Pulau Pinang yang terpilih untuk menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah mengambil langkah-langkah tambahan, bagi memastikan proses pemberian vaksin dapat diperkemaskan.
Koordinator pusat PPV Hospital Lam Wah Ee (HLWE) Dr Cheang Hon Kit berkata, persediaan untuk pusat PPV mereka telahpun diperincikan dan kakitangan hospital juga telah membuat panggilan telefon bagi memperingatkan penerima vaksin mengenai janji temu mereka.
"Ada yang terkejut kerana apabila kami memperingatkan mengenai janji temu mereka menerusi panggilan telefon. Kami akan pastikan bahawa informasi mereka adalah tepat dan memaklumkan mereka mengenai janji temu vaksinasi mereka yang akan datang," katanya kepada Bernama dan menambah yang hospital tersebut juga mempunyai senarai nama simpanan jika pihak terbabit tidak hadir, supaya tiada vaksin akan terbuang.
Buat masa ini, beliau berkata hospital itu menyasarkan untuk menyampaikan suntikan 200 vaksin sehari dan berharap negeri akan dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
Sementara itu, Pengurus Operasi Hospital Pantai Pulau Pinang (PHP) Ganesh Rao Sannasi berkata, mereka yang menerima vaksin suntikan COVID-19 di PPV mereka akan menerima kadar bayaran letak kereta dikurangkan, selain menerima beg cenderahati.
Beliau berkata di dalam beg tersebut, mereka akan menerima roti bun percuma yang dibuat oleh kedai roti hospital itu, selain barangan cenderahati hospital, sebagai ucapan terima kasih atas sumbangan penerima vaksin kerana membantu Malaysia menjadi tempat yang lebih selamat.
Ganesh berkata, pada masa ini, hospital menyasarkan untuk bermula dengan memberikan vaksin kepada 100 orang sehari, dan akan menambahnya mengikut kepada keupayaan mereka.
"Kami mempunyai sekurang-kurangnya 30 kakitangan perubatan dan perkhidmatan sokongan mengendalikan PPV kami, dan kami berharap kesemua rakyat Pulau Pinang akan dapat melaksanakan tanggunjawab mereka dengan menerima suntikan vaksin," katanya.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, pada 31 Mei mengumumkan yang enam hospital swasta di negeri itu telah dipilih sebagai pusat PPV bermula pertengahan Jun.
Choe berkata, mengikut Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, HLWE dan PHP adalah antara empat hospital swasta di Pulau Pinang yang akan membuka pusat PPV mereka pada 7 Jun, manakala dua lagi hospital swasta dijangka akan mula membuka pusat vaksinasi mereka bermula 15 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021
Persediaan untuk pusat PPV telahpun diperincikan dan kakitangan hospital juga telah membuat panggilan telefon bagi memperingatkan penerima vaksin mengenai janji temu mereka. - Foto fail
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ukraine lancar peluru berpandu ATACMS ke pangkalan Rusia
Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu balistik buatan Amerika Syarikat (AS) jenis ATACMS ke arah sebuah pangkalan udara tentera di kawasan Laut Azov.
Perang dengan Iran? "apa sahaja boleh berlaku" - Trump
Presiden Pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa kemungkinan perang dengan Iran masih terbuka ketika ditanya dalam wawancara dengan majalah Time.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Tenun Pahang Diraja tersedia di menara 188
Produk kraftangan Tenun Pahang Diraja seperti pemegang kunci, tali leher, bekas pensil yang bercorak istimewa kini boleh didapati di menara Kuantan 188, Pahang.
Yoon pertahan undang-undang tentera, tolak dakwaan lakukan pemberontakan
Yoon berkata beliau menggunakan kuasa presiden untuk mengisytiharkan undang-undang tentera bagi "melindungi negara".
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.