awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPZ-MAIWP berjaya kumpul RM756 juta wang zakat, kutipan meningkat 11 peratus

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
01/01/2021
02:54 MYT
PPZ-MAIWP berjaya kumpul RM756 juta wang zakat, kutipan meningkat 11 peratus
Zulkifli berkata jumlah itu melebihi sasaran sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus iaitu sebanyak RM74 juta. -Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Hasil kutipan zakat di Wilayah Persekutuan hingga 31 Disember 2020 mencatatkan RM756 juta berbanding RM682 juta pada tahun sebelumnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata jumlah itu melebihi sasaran sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus iaitu sebanyak RM74 juta.
Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sepanjang tahun ini.
"Ini merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah penubuhan PPZ-MAIWP sejak 30 tahun lalu.
"Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kutipan zakat telah menunjukkan peningkatan luar biasa walaupun ketika negara berdepan pandemik COVID-19.
"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas MAIWP, saya telah melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh seluruh warga kerja PPZ-MAIWP dalam menggerakkan usaha dakwah zakat dan menyantuni pelbagai lapisan masyarakat melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Khairat PPZ terutamanya pada waktu sukar ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata pihaknya bertekad untuk terus menyantuni para asnaf dengan sebaiknya.
Menurutnya, setiap sen yang diperoleh akan diagihkan seadilnya kepada mereka yang memerlukan.
"Keyakinan dan kepercayaan umat Islam di Wilayah Persekutuan kepada kredibiliti MAIWP sebagai institusi yang menguruskan zakat akan saya pertahankan dengan penuh integriti.
"Insya-Allah setiap asnaf akan terus dibela agar kesemua mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan dan kesukaran hidup," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#zakat
#MAIWP
#PPZ
#PPZ MAIWP
#pembayar zakat
#Wilayah Persekutuan
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Z
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan