awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo tiba di Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN pertama sebagai Presiden Indonesia

Bernama
Bernama
25/05/2025
14:06 MYT
Prabowo tiba di Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN pertama sebagai Presiden Indonesia
Kunjungan ini merupakan penampilan pertama Prabowo pada perhimpunan serantau itu sebagai ketua negara sejak memegang jawatan berkenaan pada Oktober tahun lepas. - Bernama
SUBANG: Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang kemuncak berkaitan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.
Kunjungan ini merupakan penampilan pertama Prabowo pada perhimpunan serantau itu sebagai ketua negara sejak memegang jawatan berkenaan pada Oktober tahun lepas.
Pesawat khas yang membawa Prabowo dan delegasi mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini pada 7.20 malam serta disambut oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Syafiq Najmi Mazlan.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane, Laos pada Oktober 2024, Indonesia diwakili Naib Presiden Ma'ruf Amin semasa peralihan kepimpinan.
Turut berlangsung pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 ialah Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama.
Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", edisi tahun ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Presiden Indonesia
#Prabowo Subianto
#Kuala Lumpur
#ASEAN2025
#ASEAN25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan