awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
Kemelut Pas-Bersatu: Penting pemimpin kuat, ada aura untuk 'ikat' gabungan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden POKB meninggal dunia

Bernama
Bernama
17/06/2021
07:56 MYT
Presiden POKB meninggal dunia
Allahyarham Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.58 pagi pada usia 62 tahun akibat komplikasi jantung. - Gambar BERNAMA
KOTA BHARU: Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad, 62, meninggal dunia akibat komplikasi jantung, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, hari ini.
Adiknya, Sheikh Abdul Rahim Sheikh Mohamad, 57, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.58 pagi.
"Saya sempat dua jam bersama arwah sebelum beliau (Sheikh Ahmad Dusuki) menghembuskan nafas terakhir, di HUSM pagi tadi.
"Ketika mula-mula dimasukkan wad di unit rawatan jantung (CCU) sejak Isnin lepas, arwah tidak sedarkan diri tetapi selepas sedar beliau boleh bercakap cuma kelihatan letih," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bunut Payong, dekat sini selepas solat Asar.
Menurutnya, Allahyarham yang menghidapi penyakit jantung sejak dua tahun lalu, meninggalkan seorang isteri Datin Rozini Shukri, 60, lapan anak berusia 19 hingga 40 tahun, serta sembilan cucu.
Sheikh Ahmad Dusuki adalah figura yang aktif membantu orang ramai, terutama mereka yang menghidap penyakit kronik dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), melalui aktiviti POKB dan Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden POKB
#meninggal dunia
#Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad
#komplikasi jantung
#Hospital Universiti Sains Malaysia
#Kubang Kerian
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan