awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Poland diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/06/2025
02:40 MYT
Presiden Poland diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Perdana Menteri Anwar (tengah) menyambut kedatangan Presiden Andrzej Duda (kiri) di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Presiden Poland, Andrzej Duda yang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula semalam, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini, pada Selasa.
Beliau disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 10 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Duda kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.
Turut hadir antaranya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Refomasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Duda diiringi isterinya, Agata Kornhauser-Duda, menteri-menteri serta pegawai kanan kerajaan Poland. Lawatan ini merupakan kunjungan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Ogos 2015.
Ia berlangsung pada waktu yang bermakna bertepatan dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, manakala Poland selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) bagi separuh pertama tahun yang sama.
Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Isnin, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala, termasuk bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, pertanian, sektor halal dan agrokomoditi.
Kedua-dua pemimpin itu juga dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Sempena lawatan itu juga, Perdana Menteri Anwar akan menghoskan majlis jamuan rasmi kepada Presiden Duda dan delegasinya di Kompleks Seri Perdana.
Kementerian Luar menambah, Duda turut dijadual mengadakan lawatan ke Rejimen Kedua Kor Armor Diraja di Kem Sunggala, Port Dickson serta menyampaikan syarahan umum di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya.
Pada 2024, Poland merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat 19.5 peratus kepada RM5.66 bilion berbanding 2023.
Eksport utama Malaysia ke Poland merangkumi produk elektrik dan elektronik, produk getah serta jentera, manakala import utama dari Poland terdiri daripada jentera, peralatan dan alat ganti, produk elektrik dan elektronik serta kelengkapan pengangkutan.
Topic Berkaitan
#lawatan rasmi
#Presiden Poland
#Andrzej Duda
#PM Anwar Ibrahim
#Kompleks Perdana Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan