awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Singapura lawat Malaysia minggu depan

Bernama
Bernama
18/03/2023
10:00 MYT
Presiden Singapura lawat Malaysia minggu depan
Presiden akan ditemani suaminya Mohamed Abdullah Alhabshee semasa lawatan itu. -REUTERS
KUALA LUMPUR: Presiden Singapura Halimah Yacob akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Isnin hingga 22 Mac.
Kunjungan itu atas undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, juga bagi lawatan balas kepada kunjungan baginda ke Singapura pada Oktober 2022.
Presiden akan ditemani suaminya Mohamed Abdullah Alhabshee semasa lawatan itu.
Beliau akan diberi Sambutan Rasmi di Istana Negara dan mengadap Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kementerian Luar Singapura memaklumkan berikutan Istiadat Sambutan Rasmi, Seri Paduka Baginda dan Presiden akan menanam Pokok Gelam (Melaleuca cajuputi) di halaman Istana.
Halimah dan suaminya juga akan menyaksikan upacara menamakan orkid kacukan baharu - Vanda Halimah Yacob Mohamed sebagai penghormatan kepada pemimpin itu.
"Ini adalah kali pertama Majlis Menanam Pokok dan Majlis Penamaan Orkid dimasukkan ke dalam Lawatan Negara ke Malaysia," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan yang disediakan Suruhanjaya Tinggi Singapura, di sini, hari ini.
Baginda juga berkenan meraikan akan menganjurkan Majlis Jamuan Negara sebagai penghormatan kepada pemimpin itu.
Sebagai sebahagian daripada lawatan, Halimah juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Atas kapasiti sebagai Canselor Universiti Kebangsaan Singapura, beliau juga akan bertemu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang merupakan Canselor Universiti Malaya.
Menurut kenyataan itu, Presiden juga akan bertemu dengan ahli perniagaan Singapura dan Malaysia, dan menghadiri majlis resepsi yang dianjurkan untuk warga Singapura yang berada di Malaysia.
Semasa ketiadaan Presiden, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden (CPA) Eddie Teo akan menjalankan tugas Pejabat Presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#Presiden Singapura
#Halimah Yacob
#lawatan rasmi ke Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan