awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRESMA: 'Restoran mamak' 24 jam bukan punca utama obesiti

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
19/11/2013
23:50 MYT
PRESMA: 'Restoran mamak' 24 jam bukan punca utama obesiti
Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed berpendapat kewujudan restoran 24 jam bukan punca utama masalah obesiti berlaku di kalangan masyarakat negara ini.
Noorul Hassan memberi reaksi itu susulan cadangan kerajaan untuk mengkaji semula masa operasi restoran 24 jam termasuk meneliti cadangan agar disingkatkan tempohnya.
Ia juga sebagai satu usaha membantu rakyat Malaysia memperbaiki mutu kesihatan yang kini semakin membimbangkan seperti obesiti.
“Kami (PRESMA) terkejut dan tidak setuju dengan cadangan tersebut, ini kerana restoran 24 jam bukan punca utama masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia.
Apa yang penting adalah cara pemakanan yang diamalkan oleh masyarakat” katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Noorul Hassan, atas kesedaran ini PRESMA turut berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan dalam memberikan pilihan makananan yang sihat kepada pengguna.
Manakala pakar pemakanan Sime Darby Medical Centre Ara Damansara, Nurul Aziah Musa merasakan untuk mengelak masalah obesiti berlarutan, masyarakat negara ini perlu mengubah tabiat pemakanan mereka.
“Tidak dapat dinafikan makan pada lewat malam telah menjadi amalan rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang tinggal di bandar.
“Perkara ini tidak menjadi masalah, sekiranya mereka bijak dalam memilih makanan”ujar Aziah.
Aziah juga menyeru rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup yang ideal dengan mengikut carta piramid makanan dalam memilih juadah hidangan.
“Dalam setiap hidangan perlu mengikut konsep piramid makanan.
Contohnya dalam setiap hidangan perlu ada karbohidrat, protein seperti ikan atau ayam, serta banyakkan pengambilan serat di dalam setiap hidangan seperti sayur dan buah” tambah Aziah lagi.
Aziah juga tidak menggalakkan pengambilan lemak yang berlebihan dalam makanan meskipun lemak mempunyai fungsi tertentu di dalam sesuatu hidangan.
Itu adalah antara pandangan yang dilontarkan oleh tetamu dalam Buletin Awani 7:45 pada Selasa yang membincangkan mengenai wajarkah operasi restoran 24 jam dihadkan dalam mengawal masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#AWANI 745
#Noorul Hassan Saul Hameed
#Nurul Aziah Musa
#obesiti
#Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan