KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menilai prestasi inisiatif Rahmah dan memperkasakan lagi usaha itu, hujung bulan Jun nanti.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata mesyuarat itu adalah bagi menilai inisiatif Rahmah secara komprehensif dan holistik sejak ia dilaksanakan Januari lepas, sebaik sahaja inisiatif itu mencapai tempoh enam bulan.
".. mesyuarat khas itu adalah untuk kita lihat tentang apa jua tindakan, kesan-kesan langsung dan juga pandangan daripada pelbagai pihak. Malah KPDN juga terbuka untuk menerima sebarang kritikan bagi memastikan enam bulan seterusnya nanti kita dapat perbaiki.
"Proses nilai tambah itu saya rasa lebih penting supaya dari segi kelestariannya dapat kita pertahankan. Insya-Allah kita akan adakan pertemuan khas itu pada akhir Jun ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama Foodpanda Malaysia di sini, hari ini.
Mengulas mengenai program hari ini, Salahuddin memuji usaha yang dilaksanakan foodpanda Malaysia dalam menyokong inisiatif kerajaan, dengan meluaskan capaian Menu Rahmah kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya usaha dalam menjadikan menu Rahmah agar lebih mudah diakses kepada setiap lapisan masyarakat, ia tidak akan berjaya tanpa sokongan dan penyertaan sukarela pengendali restoran dalam sektor swasta.
Pelancaran inisiatif Menu Rahmah dan Pakej Rahmah anjuran Foodpanda itu menawarkan set hidangan makanan Menu Rahmah pada harga yang mampu milik iaitu RM5 ke bawah manakala Pakej Rahmah Pandamart menawarkan dua pakej barangan runcit pada harga RM50 dan RM30.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Penguat kuasa KPDN Datuk Azman Adam.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia Sayantan Das berkata pihaknya percaya inisiatif berkenaan turut akan memberi manfaat kepada rangkaian rakan penghantaran berikutan jumlah pesanan dijangka meningkat, sekali gus meningkatkan lagi pendapatan mereka.
"Kami juga ingin meyakinkan rider kami bahawa struktur pembayaran akan tetap sama tidak kira sama ada mereka menghantar item Menu Rahmah atau sebaliknya. Pendapatan mereka bagi setiap perjalanan tidak akan dikurangkan untuk inisiatif ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Salahuddin (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Sayantan Das pada gimik Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama Foodpanda Malaysia di Ibu Pejabat Korporat Foodpanda hari ini. - Bernama
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Kerajaan terus cari jalan pastikan harga barang tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan terus mencari jalan bagi memastikan harga barang di Malaysia berada pada paras yang tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas makanan, inisiatif Rahmah diperluas kepada pakaian
Salahuddin berkata, satu sesi libat urus bersama penggiat industri pakaian di negara ini akan diadakan pada minggu hadapan,