KUALA LUMPUR: Pencapaian pembekalan elektrik di Semenanjung menunjukkan prestasi baik dengan catatan di bawah sasaran Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) iaitu 48 minit per pelanggan per tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pencapaian SAIDI di Semenanjung bagi 2023 adalah 46.10 minit per pelanggan per tahun berbanding 45.06 minit per pelangan per tahun pada 2022.
"Berdasarkan laporan pencapaian SAIDI, jelas menunjukkan TNB (Tenaga Nasional Berhad) berjaya mengekalkan pencapaian di bawah sasaran ditetapkan iaitu 48 minit per pengguna per tahun sepanjang tempoh tersebut," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu menjawab pertanyaan P. Prabakaran (PH-Batu) yang ingin tahu langkah intervensi diambil Kerajaan Persekutuan terhadap kawasan sering mengalami gangguan bekalan elektrik.
Fadillah berkata prestasi TNB sebagai pemegang lesen pembekalan elektrik kepada lebih sembilan juta pelanggan di Semenanjung dipantau Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memastikan sistem pembekalan elektrik sentiasa dalam keadaan baik dan stabil.
Bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di Semenanjung, Fadillah berkata kerajaan meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) TNB sebanyak RM6,851.5 juta setahun di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) Regulatori Ketiga (RP3).
"Ini bagi meningkatkan daya harap sistem dengan pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan dalam 2022 hingga 2024.
"Antara tindakan komprehensif sedang dijalankan TNB seperti mempergiatkan aktiviti senggaraan, menubuhkan Dedicated Switching Team (DCT) di kawasan dengan gangguan yang tinggi dan pemasangan fasiliti Sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data Berkomputer (SCADA) di lokasi terpilih secara berterusan," katanya.
Mengulas mengenai punca gangguan bekalan elektrik, beliau berkata gangguan kerap berlaku adalah disebabkan beberapa faktor seperti kerosakan konduktor, kotak fius dan penyambung menindik penebat (IPC) serta gangguan tumbuh-tumbuhan.
Menjawab soalan tambahan Prabakaran mengenai langkah mitigasi untuk memastikan bekalan elektrik stabil sepanjang musim perayaan dan musim panas, Fadillah berkata gangguan bekalan elektrik boleh berlaku pada musim puncak itu berikutan peningkatan kadar penggunaan.
Sehubungan itu, beliau berkata antara langkah mitigasi yang dilaksanakan termasuk memastikan beban pada komponen atau alatan penyaluran elektrik berada dalam keadaan optimum.
"Sebagai contoh, kadar beban pada alat transformer pada bawah kadar 45 peratus, beban pada kabel bawah 50 peratus supaya pepasangan TNB yang bersambung kepada premis rakyat mampu membawa lebih beban pada waktu puncak.
"Langkah lain termasuk kerja penyelenggaran berasaskan keadaan, membuat audit serta merancang dan menaik taraf sistem voltan rendah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Fadillah ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

UK gantung rundingan perdagangan bebas dengan Israel, kecam krisis Gaza sebagai “keji”
Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai "berbahaya, menjijikkan dan kejam."

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

ASEAN, rakan dialog komited sokong sistem dagangan multilateral berasaskan peraturan - MITI
Galakkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang boleh diramal, telus, bebas, adil, inklusif, mampan, tanpa diskriminasi dan terbuka.

Hampir 200,000 terjejas akibat banjir di selatan Filipina
Hujan tanpa henti telah menyebabkan banjir di 98 kawasan melibatkan 11 bandar dalam wilayah di pulau Mindanao.

Penglibatan masyarakat, pembentukan karakter penting selesai isu sosial - Fadhlina
Isu sosial seperti perkahwinan kanak-kanak, kehamilan remaja tidak dapat diselesaikan tanpa penglibatan aktif masyarakat.

USM perkasa industri madu kelulut menerusi kajian klinikal dan kerjasama strategik
USM memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri madu kelulut negara.
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.

Projek pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya - Fadillah
Projek ini bertujuan menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu.

Komitmen warga kerja penentu masa depan negara - TPM Fadillah
Kejujuran, semangat juang dan pemikiran kelas pertama perlu terus disemai dalam kalangan warga kerja sebagai tunjang kemajuan negara.

Perancis boleh jadi penanda aras tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik - Fadillah
Kejayaan Perancis bangunkan 57 loji janakuasa nuklear, membekalkan hampir 70 peratus tenaga elektrik negara, wajar dijadikan rujukan.

Malaysia gesa komuniti antarabangsa perkukuh kerjasama tangani krisis air global - Fadillah
Sudah tiba masanya bagi masyarakat global mengiktiraf air sebagai sumber yang sangat berharga untuk kelangsungan hidup dan pembangunan manusia.

TPM Fadillah adakan lawatan kerja ke Perancis teroka peluang kerjasama dalam bidang peralihan tenaga
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan menyertai Global Water Summit (GWS) 2025 serta mengadakan lawatan kerja rasmi ke Perancis bermula hari ini.

Malaysia komited guna teknologi tanpa korekan bagi utiliti bawah tanah - Fadillah
Malaysia komited untuk memperluaskan penggunaan teknologi 'trenchless' (teknologi tanpa pengorekan) sebagai sebahagian daripada strategi bagi pembangunan infrastruktur yang lebih mampan.

Peguam Negara, Peguam Besar Negeri terlibat proses rundingan MA63 - Fadillah
Rundingan berpaksikan undang-undang sedia ada untuk mencari kaedah menang-menang dalam kerangka Perlembagaan.

Ambil iktibar gangguan elektrik besar-besaran di Sepanyol, Portugal - Fadillah
Negara perlu memastikan keterjaminan bekalan elektrik, khususnya di negeri-negeri Semenanjung yang tiada sumber tenaga hidro mencukupi.

TNB mampu tingkat keupayaan bidang tenaga di luar negara - Fadillah
Katanya, pelaburan TNB dalam BODL menunjukkan kemampuan syarikat Malaysia untuk melabur dan mengembangkan sayap di peringkat antarabangsa.

Kolam takungan pelbagai guna bantu tangani masalah banjir - Fadillah
Katanya, ia bukan sahaja akan menakung jumlah air hujan yang banyak, tetapi digunakan sebagai simpanan apabila musim kemarau.