awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Bukit Gelugor: Calon PCM janji tidak mahu jadi seperti Guan Eng

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2014
10:27 MYT
PRK Bukit Gelugor: Calon PCM janji tidak mahu jadi seperti Guan Eng
Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan.
Parti Cinta Malaysia (PCM) melancarkan manifestonya pada Rabu dan menggariskan sepuluh isu utama sebagai tumpuan menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.
Manifesto bertemakan 'Bersama Kita Majukan Pulau Pinang Ke Hadapan' itu bukan sahaja mahu membawa pembangunan di negeri tersebut tetapi turut mampu mensejahterakan rakyatnya.
Antara kandunganya ialah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.
Menurut calonnya, Datuk Huan Cheng Guan, dia tidak akan menjadi seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sering menggunakan alasan kekurangan pembiayaan sebagai sebab untuk tidak melaksanakan dasar.
“Saya berjanji akan berhubung dengan agensi ppersekutuan untuk membawa masuk lebih banyak dana untuk membangunkan Pulau Pinang, khususnya di Bukit Gelugor,” ujarnya.
PCM bersedia membuka tiga pusat khidmat masing-masing di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong yang terletak dalam parlimen Bukit Gelugor sekiranya diberi mandat pada PRK kali ini.
PRK Bukit Gelugor yang akan berlangsung pada 25 Mei menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Huan dari PCM, Ramkarpal Singh Deo dari DAP serta dua calon bebas iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
Topic Berkaitan
#Abu Backer Sidek
#Mohamed Nabi Bux
#Parti Cinta Malaysia
#PCM
#PRK Bukit Gelugor
#Ramkarpal Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan