awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif Trump jadi tumpuan menjelang keputusan penting Mahkamah Agung
Penerangan UMNO cadang tubuh Sayap Digital
Operasi perobohan di Kampung Chubadak Tambahan lancar, tiada bantahan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Chini: Calon BN mengundi di Felda Chini 3

Bernama
Bernama
04/07/2020
02:38 MYT
PRK Chini: Calon BN mengundi di Felda Chini 3
Mohd Sharim bersama isteri Norhiliyana mengundi di Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Felda Chini 3, jam 9.10 pagi tadi. --fotoBERNAMA
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Mohd Sharim Md Zain, mengundi di Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Felda Chini 3 dekat sini hari ini, bagi menunaikan tanggungjawab beliau dalam PRK itu.
Mohd Sharim, 41, dan isterinya Norhiliyana Abd Hamid, 27, mengundi pada 9.15 pagi tadi.
Pasangan suami isteri itu yang sedondon berbaju Melayu dan baju kurung warna hijau, tiba di perkarangan KAFA itu pada 9.10 pagi dengan diiringi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.
Bercakap kepada pemberita selepas selesai mengundi, Sharim berharap pengundi di DUN itu dapat keluar menunaikan tanggungjawab mereka, walaupun mungkin berdepan dengan sedikit perbezaan kerana kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi, ekoran pandemik wabak COVID-19.
"Alhamdulillah, seperti tidak percaya sudah selamat mengharungi tempoh berkempen dua minggu. Kini saya berserah kepada ketentuan Allah dan doakan yang baik-baik sahaja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Sharim berkata, beliau akan melawat beberapa pusat mengundi di sekitar DUN Chini selepas ini dan berharap proses pengundian hari ini, berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
PRK DUN Chini menyaksikan Mohd Sharim yang merupakan generasi kedua Felda ditentang dua calon Bebas, iaitu ahli perniagaan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, yang juga penulis blog.
Tengku Zainul Hisham dan Mohd Shukri bukan pengundi berdaftar bagi DUN tersebut.
PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur. Abu Bakar mula bergelar wakil rakyat DUN Chini sejak 2004.
Pada PRU14 lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain daripada PKR (1,065).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#COVID-19
#DUN Chini
#Felda
#koronavirus
#mengundi
#Najib Razak
#pandemik
#pengundi
#pilihan raya kecil
#PRK Chini
#PRK DUN Chini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan