Polis memberi jaminan kawalan keselamatan pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang hari ini berada pada tahap tertinggi.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata orang ramai tidak perlu bimbang atau ragu-ragu untuk keluar mengundi kerana lebih 3,000 anggota polis, termasuk 800 polis trafik, telah ditempatkan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.
"Di pihak polis, kami bersedia sepenuhnya. Saya ingin memberi jaminan kepada penduduk Kajang tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami akan membantu anda jika ada keperluan.
"Tiada perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku esok (Ahad)... kami bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini pada Ahad.
Foto kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang
Selain itu, Mohd Shukri berkata semua kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan memasuki kawasan Kajang bermula 12 tengah malam tadi sehingga 4 petang Ahad untuk mengelak kesesakan lalu lintas selain memudahkan orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
"Semua kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kajang, khususnya di Bandar Kajang yang jalannya agak sempit, hanya bas awam dibenarkan," katanya.
Sementara itu, Mohd Shukri memberi amaran kepada parti bertanding agar tidak berarak untuk meraikan kemenangan selepas pengumuman keputusan rasmi dibuat.
"Sebarang perarakan dalam apa jua bentuk adalah tidak dibenarkan di kawasan Kajang. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menggugat ketenteraman awam," katanya.
Mohd Shukri berkata polis telah membuka tujuh kertas siasatan kerana melanggari Akta Kesalahan PIlihan Raya 1954 iaitu mengadakan ceramah tanpa permit semasa kempen PRK DUN Kajang.
"Setakat ini, PRK Kajang berjalan dengan lancar dan teratur tanpa berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini, katanya sambil menambah bahawa sepanjang 12 hari berkempen, 272 aktiviti kempen dan ceramah telah diadakan.
Bernama
Sat Mar 22 2014
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ‘maestro’ industri hiburan, S. Atan selamat dikebumikan
Jenazah maestro industri hiburan tanah air Datuk Hashim Said, yang lebih dikenali sebagai S. Atan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang pada jam 11 pagi Ahad.
Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran warga Indonesia menerusi satu operasi khas di sekitar Kajang.
Polis buru lelaki, wanita cuba ancam nyawa anggota polis
Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu menahan mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara, semalam.
Dua anggota polis didakwa peras ugut seorang lelaki Myanmar
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM300 terhadap seorang lelaki warga Myanmar.
Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Kajang semalam.
Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.
Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100
Pekerja sambilan sewa kereta didenda RM100 selepas mengaku bersalah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab di Kajang.
'Saya tak sanggup tengok video itu'
Luahan Samad Bakar,kepada Shahril Samad yang meninggal dunia dipercayai akibat dipukul serta diikat sekumpulan lelaki susulan kemalangan.