awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi

Bernama
Bernama
05/07/2024
09:11 MYT
PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi
FAHMI: Saya sampaikan peringatan tegas kepada semua pihak untuk mengelak daripada bermain dengan kandungan yang provokatif seperti aduan yang kita terima daripada beberapa individu di Sungai Bakap. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata semua pihak perlu berkempen secara sihat dan tidak menggunakan dakyah, fitnah serta unsur provokatif pada Pilihan Raya Kecik (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ringkasan AI
  • Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru semua pihak untuk berkempen secara sihat dan menghindari penggunaan dakyah, fitnah, dan unsur provokatif dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
  • Beliau memberi peringatan tegas berkenaan hal ini berdasarkan aduan yang diterima oleh Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengesan individu-individu yang terlibat dalam tindakan provokatif ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata peringatan tegas tersebut perlu diambil serius susulan terdapat aduan yang diterima oleh pihak Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tentang kewujudan perkara seumpamanya.
"Kita perlu berhenti berkempen pada 12 tengah malam ini dan pada masa sama, saya sampaikan peringatan tegas kepada semua pihak untuk mengelak daripada bermain dengan kandungan yang provokatif seperti aduan yang kita terima daripada beberapa individu di Sungai Bakap.
"Ini suatu tindakan yang jahat, bersifat provokatif dan ada nombor telefon di situ. Pihak MCMC dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan mengesan mereka di sebalik tindakan jahat ini.
"Sekiranya ini adalah usaha mana-mana pihak, ia akan makan diri," katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.
PRK DUN Sungai Bakap esok menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional Abidin Ismail yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Sungai Bakap di sini
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#Fahmi Fadzil
#pilihan raya kecil
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan