MUAR: Calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman yang baharu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yakin kemenangannya adalah bukti kerjasama Kerajaan Perpaduan antara PH dan Barisan Nasional (BN) diterima oleh rakyat.
Beliau berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
“Bagi saya ini bukan kemenangan saya seorang, sebaliknya adalah gabungan antara PH dan juga BN yang mana saya juga mengucapkan terima kasih kepada barisan jentera kedua-dua gabungan parti ini.
“Tanpa kerja keras atas kerjasama ini, tidak mungkin saya akan dapat meraikan kemenangan ini dan ini bukan kemenangan saya seorang, tetapi semua (PH-BN),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman kemenangan bagi DUN Simpang Jeram yang memihak kepadanya dengan majoriti 3,514 di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar
Nazri yang juga seorang jurutera meraih 13,844 undi menewaskan pakar bedah, Dr Mohd Mazri Yahya yang meraih 10,330 undi manakala calon Bebas S.Jeganathan hanya mendapat 331 undi.
Mengulas lanjut Nazri berkata, beliau juga meletakkan tekad untuk memastikan semua janji yang ditawarkan kepada pengundi sepanjang tempoh 14 hari berkempen akan dapat ditunaikan sesegera mungkin.
“Insya-Allah apabila saya diberi mandat ini beberapa janji pilihan raya akan cuba saya penuhi secara keseluruhannya dalam tempoh sepenggal ini
“Saya akan berjumpa dengan pengundi juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mana tanpa sokongan mereka, siapalah saya dan tidak akan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),”ujarnya.
Selain itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada dua pencabarnya dan memohon kerjasama mereka untuk membantu membangunkan DUN Simpang Jeram ini.
“Mereka semua adalah sahabat saya dan saya mohon mereka pun bekerjasama dengan saya sepanjang satu penggal ini,” tambahnya.
KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI DI SINI
Shuhada Abdul Kadir
Sat Sep 09 2023
Calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman yang baharu memenangi kerusi DUN Simpang Jeram yakin kemenangannya adalah bukti kerjasama Kerajaan Perpaduan antara PH dan Barisan Nasional (BN) diterima oleh rakyat. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu