SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan sekali lagi turun berkempen di Hulu Kelang pada Khamis ini.
Tegas Anwar, beliau dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu akan turun ke sana bagi ‘mengajar pengkhianat' yang bertanding di sana.
Beliau berkata demikian ketika memperkenalkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman yang mana kerusi itu turut direbut pemimpin parti itu, Datuk Dr Mohamad Rafie Abd Malek yang bertanding Bebas.
“Ampangan ini penting kerana ada pengkhianatan dari dalam Keadilan (PKR). Di mana-mana saya ajar, satu hal yang tidak boleh diizinkan, pengkhianatan dalam perjuangan.
“Sebab itu saya dan Datuk Seri Ahmad Zahid akan ke Hulu Kelang sekali pagi pada Khamis malam untuk mengajar si pengkhianat, Si Kitol dan Raja Mendeliar.
“Dalam sejarah budaya Melayu, tidak ampunkan pengkhianat,” katanya.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama namun dipercayai kenyataan itu ditujukan kepada calon Perikatan Nasional (PN) di DUN tersebut, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin berdepan calon daripada PH, Juwairiya Zulkifli, yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Pada pilihan raya lalu, DUN Hulu Kelang dimenangi calon Amanah, Saari Sungib mewakili PH.
Saari menang dengan majoriti 15,349 undi menewaskan calon BN Ismail Ahmad dan calon Pas Farhan Kamalul Hysham.
Di Negeri Sembilan, DUN Ampangan menjadi antara kerusi panas selepas penyandangnya yang juga ahli PKR, Mohamad Rafie, bertanding sebagai calon Bebas menentang Tengku Zamrah dan Muhammad Ghazali Zainal Abidin daripada PN.
Dalam Pilihan Raya Negeri kali ini, seramai 20,992 pengundi berdaftar akan mengundi nanti.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Mohamad Rafie bertanding mewakili PH menang dengan majoriti 1,360 undi di DUN berkenaan.
Ridauddin Daud
Tue Aug 08 2023
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) akan sekali lagi turun berkempen di Hulu Kelang pada Khamis ini. - Gambar fail/BERNAMA
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.