awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/06/2023
10:43 MYT
PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB
Pembubaran itu diumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan pada Selasa selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubarkan secara rasmi pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pembubaran itu diumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan pada Selasa selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ahmad Samsuri berkata pembubaran DUN Terengganu bagi penggal yang ke-14 itu dibuat mengikut Fasal 44 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.
Pada sebelah pagi tadi, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu telah menghadap Sultan Mizan bagi memohon perkenan cadangan tarikh pembubaran DUN berkenaan.
DUN Terengganu yang mempunyai 32 kerusi dibubarkan dua hari lebih awal sebelum tempoh mandat DUN yang berakhir pada 30 Jun.
Terengganu merupakan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Pas berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 22 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (BN) pula menang di 10 kerusi.
Topic Berkaitan
#terengganu
#bubar DUN
#PRN enam negeri
#Ahmad Samsuri Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan