awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/06/2023
00:50 MYT
PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN
Kenderaan rasmi Ahmad Samsuri dilihat memasuki pekarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 8.38 pagi. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Istana Syarqiyyah di sini bagi memohon perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kenderaan rasmi yang membawa Ahli DUN (ADUN) Rhu Rendang yang juga Naib Presiden Pas itu dilihat memasuki pekarangan istana kira-kira jam 8.38 pagi.
Antara lain, beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Tempoh mandat DUN Terengganu berakhir pada 30 Jun ini.
DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi, 22 daripadanya dikuasai Pas selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), manakala selebihnya milik Barisan Nasional (BN).
Selain Terengganu, lima lagi negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan supaya keenam-enam negeri menjalankan proses ini secara serentak.
Setakat ini, DUN yang sudah dibubarkan ialah Selangor dan Kelantan.
Sementara DUN Kedah dan Pulau Pinang masing-masing akan dibubarkan pada 28 Jun ini.
DUN Negeri Sembilan pula akan dibubarkan pada 30 Jun.
Topic Berkaitan
#PRN
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#bubar DUN
#DUN Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan