awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Anwar diperkenan menghadap TMJ, bicara soal negara dan Johor

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/02/2022
13:21 MYT
PRN Johor: Anwar diperkenan menghadap TMJ, bicara soal negara dan Johor
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjunjung kasih atas perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail menerima menghadap beliau. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
JOHOR BAHRU: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjunjung kasih atas perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap beliau.
Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pertemuan itu berkisar tentang pembangunan negara, dan soal Johor.
“Satu setengah jam bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Menjunjung kasih atas jamuan makan malam dan kesudian berbincang soal pembangunan negara serta negeri Johor Darul Ta'zim.
“Terkesan dengan keprihatinan dan sikap terbuka Tuanku dalam pertemuan tersebut,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.
Sebelum ini Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan beberapa pemimpin kanan politik tanah air.
Antara yang diperkenan untuk menghadap ialah bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin, dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
BACA: Najib diperkenan menghadap TMJ, isteri
BACA: PRN Johor: Selepas Najib, giliran Chin Tong menghadap TMJ
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Tunku Mahkota Johor
#TMJ
#menerima menghadap
#PRN Johor
#Johor Memilih
#pilihan raya negeri
#Ketua Pembangkang
#PKR
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan