JOHOR BAHRU: Berdasarkan kajian Think City, lima bandar di negara ini mencatatkan kenaikan suhu mendadak, dengan Johor Bahru direkodkan mencatatkan kenaikan sebanyak 6.7 °C antara Mei 2005, hingga Mei 2018.
Menurut kajian itu lagi, kenaikan suhu mendadak itu tertumpu kepada kawasan perindustrian dan yang sedang pesat membangun, seperti Skudai, Johor Bahru, Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Iskandar Puteri, dan Bandar Dato’ Onn.
Selain itu, menurut artikel The Iskandarian nukilan Edey Suresh, yang juga Pengarah UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB), suhu di Johor berubah-ubah antara 30 hingga 32°C.
BACA: Suhu di Bayan Lepas, George Town, KL, JB, Ipoh meningkat - Kajian
“April merupakan bulan yang terpanas, dengan purata suhu tinggi pada 32.8 °C. Jika suhu mencecah ambang 35 – 37 °C selama tiga hari berturut-turut, amaran rasmi akan dikeluarkan.
“Kategori dua (tahap gelombang haba) ialah apabila suhu melebihi 37 °C selama tiga hari berturut-turut, manakala kategori empat (tahap kecemasan) ialah 40 °C selama tiga hari berturut-turut,” katanya lagi.
KESAN TERHADAP INDUSTRI PERTANIAN DI JOHOR
Astro AWANI turun ke Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, yang jaraknya kira-kira 40 km dari Johor Bahru, bagi berjumpa dengan Mohd Faiz Abd Rahman, 40, seorang petani, dan pembekal hasil tanian melalui kedainya yang dikenali sebagai Faiz Agro.
Mohd Faiz berkata, dia mengusahakan tanaman ubi di atas tanah seluas 40 ekar, selain sayur-sayuran lain bergantung kepada permintaan.
Di kedainya, Mohd Faiz berkata, pelbagai jenis anak pokok boleh didapati, termasuk tanah organik, dan baja-baja yang pelbagai, baik dari segi baja kompos, mahupun baja berbentuk cecair.
Namun, akibat perubahan cuaca yang tidak menentu, sehingga kawasan di Kota Tinggi tidak mengalami hujan selama tiga minggu berturut-turut, kos operasinya meningkat sehingga 20 peratus.
“Impak dari segi kesan cuaca panas sekarang, tanah di ladang saya terlalu keras. Jadi, operasi untuk penuaian ada masalah sedikit. Biasanya kita cabut ubi dalam kuantiti bertan-tan, tapi sekarang tak dapat cabut dalam kuantiti yang sama dan tak dapat memenuhi pemintaan.
“Alat yang kami gunakan untuk cabut ubi, dipanggil ‘jack’. Jadi sebelum ni ‘jack’ ni tak ada masalah. Tapi sejak kemarau tiga minggu, tanah di ladang terlalu keras, dan tanah mampat, nak tuai ubi memang bermasalah,” katanya lagi.
Akibat cuaca panas berpanjangan, Mohd Faiz berkata, kebun sayuran lain yang dia usahakan turut memerlukan kadar siraman yang lebih lama, iaitu tiga jam berbanding satu jam sebelum ini.
Dengan kenaikan harga baja dan racun, peladang muda itu berkata, kos operasi meningkat, namun keuntungan susut sedikit demi sedikit.
Sekiranya dia berasakan tanaman yang diusahakan itu tidak mampu bertahan, seperti bendi, petola dan kacang panjang, Mohd Faiz berkata, tiada jalan lain melainkan menukar tanaman itu kepada jenis lain yang lebih tahan.
“Kita ini petani … petani kena bercucuk tanam sepanjang masa sebab itu hasil pendapatan kita,” luahnya lagi.
ALTERNATIF UNTUK PERTANIAN
Bekas arkitek, Sulaiman Tuah Buang, 60, berpandangan dengan kajian dan usaha yang betul, tidak mustahil kesan perubahan cuaca ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin.
Sebagai contoh, katanya lagi, beliau kini mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, bukan untuk bertani, tetapi lebih kepada membuat kajian.
;
Dan hasilnya, Sulaiman Tuah berkata, di sebuah ladang di Kulai, dia kini mempunyai 500 pokok strawberi, yang rata-ratanya dikenali sebagai tumbuhan yang hanya hidup di tanah tinggi dengan iklim sederhana.
“Sebenarnya, kami ambil beberapa contoh tumbuhan iklim sederhana seperti strawberi. Kita nak tahu apa kehendak pokok ni, apa nutrisi dalam pokok itu. Macam mana nak convert benda luar yang dimakan dan dialami dengan cuacanya sekali, dan akan menjadi sesuai dengan iklim yang ada.
“So, sekarang dah rugged, dengan kawasan panas, dah tak kisah lagi, dan terus berbuah. Cuma kami belum masukkan elemen untuk besarkan buah dan maniskan buah,” katanya kepada Astro AWANI.
Untuk rekod, suhu di Cameron Highlands ketika ini antara 24 hingga 28 °C, manakala di Kulai pula, suhunya mencecah sehingga 34 °C.
Selain strawberi, Sulaiman Tuah berkata, dengan kajian yang betul, tidak mustahil tumbuhan beriklim sederhana yang lain juga boleh ditanam di kawasan tanah rendah, dengan cuaca yang agak ekstrem ketika ini.
APA USAHA SEKTOR KERAJAAN DAN SWASTA DI JOHOR
Berbalik kepada kajian Think City, penganalisis Geospatialnya, Dr Ceelia Leong berkata, hasil kajian mendapati kenaikan suhu di bandar raya utama negara itu disumbangkan oleh faktor pemanasan global berikutan kekurangan kelembapan yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara.
Dan selain kemarau, Johor juga mengalami bencana banjir yang agak serius pada bulan lepas, dengan beberapa kawasan terjejas seperti Segamat, Kota Tinggi, dan Johor Bahru.
Mengulas lanjut, Edey berkata dunia ini sebenarnya sudah 60 tahun ketinggalan dalam agenda pembangunan mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“We are about 62 years behind. Pelan mampan SDG ni sepatutnya direalisasikan pada 2030. Malangnya in terms of realisation kita adalah 62 tahun ke belakang. Jadi urgency untuk membuat sesuatu tentang perkara ini adalah sangat penting.
“Di peringkat global, sepatutnya kita kena kurangkan suhu sehingga 12.9 peratus setahun kalau mengikut Paris Agreement, tetapi kerana kita ketinggalan, semua pihak perlu menggandakan usaha masing-masing,” katanya lagi.
Namun, jelasnya lagi, terutamanya bercakap dalam konteks Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung tidak lama lagi, ada usaha tertentu baik dari sektor kerajaan, mahupun swasta untuk bersama-sama menangani isu perubahan iklim, atau pelepasan gas rumah hijau ini.
“Kerajaan negeri is doing their part, mereka perkenalkan pelan pembangunan mampan Johor, selaraskan pembangunan ekonomi, ini pelan yang dikemukakan tahun lepas, dan menunjukkan komitmen negeri Johor untuk pembangunan lebih mampan.
“Pihak Berkuasa Tempatan juga telah lakukan banyajk inisiatif. Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, telah memainkan peranan penting kepada syarikat untuk terapkan kemampanan.
“Bank-bank juga telah memperkenalkan Green Financing, iaitu pinjaman yang mempunyai elemen atau garis panduan berkenaan pembangunan mampan yang perlu diikuti pemohon. Dan pemohon atau syarikat perlu menyediakan laporan ESG untuk dinilai pihak bank,” katanya lagi.
Namun, Edey berkata, kesemua ini hanya akan tercapai jika kesemua pihak menolak tepi kepentingan atau agenda peribadi masing-masing, sebaliknya bergerak sebagai satu entiti, dan saling melengkapi untuk mencapai objektif, menangani perubahan cuaca.
Firdaus Azil
Wed Feb 02 2022
Fenomena peningkatan suhu di Johor dikaitkan dengan kawasasan perindustrian, dan kawasan pesat membangun seperti Skudai, Pasir Gudang, Bandar Dato' Onn, Tanjung Langsat, dan Johor Bahru sendiri. - Foto BERNAMA
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin
Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis
Kedua-duanya dalam dilema antara terus menghormati MoU, desakan pimpinan parti untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) serta sentimen semasa rakyat terhadap mereka.
UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik
UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur
Isu dan permasalahan di Johor ini sedikit kompleks, jika ada keinginan politik, ia pasti boleh diselesaikan dengan baik.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.
PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional, Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.
PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan hadiah kepada seluruh rakyat di negeri ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram
Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN
Laungan keramat Barisan Nasional tatkala menyambut kemenangan dalam pilihan raya lazimnya berbunyi 'Hidup Barisan Nasional".