KUALA LUMPUR: Kajian menilai taburan suhu yang dijalankan oleh sebuah organisasi regenerasi bandar yang berorientasi masyarakat, Think City mendedahkan lima bandar raya utama di Malaysia merekodkan peningkatan suhu yang ketara sejak beberapa dekad yang lalu.
Selain Bayan Lepas dan George Town di Pulau Pinang, bandar raya lain yang tersenarai mengalami peningkatan suhu secara konsisten adalah Kuala Lumpur; Johor Bahru, Johor dan Ipoh, Perak.
Kumpulan analitik Think City memaklumkan bentuk muka bumi, ciri geografi antara satu lokasi dan satu lokasi serta tempoh masa kajian adalah berbeza.
Penganalisis Geospatial Think City, Dr Ceelia Leong berkata, hasil kajian mendapati kenaikan suhu di bandar raya utama negara itu disumbangkan oleh faktor pemanasan global berikutan kekurangan kelembapan yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara.
BACA: Cuaca panas: Kerajaan kaji langkah lindungi sektor komoditi
Menurutnya, campuran bitumen dan konkrit yang digunakan dalam struktur pembinaan yang bertindak menyerap cahaya matahari akan memancarkan semula cahaya tersebut dengan jumlah yang lebih tinggi.
Kajian itu dilakukan menggunakan pemantauan peta satelit yang berupaya mengesan perubahan suhu antara 13 dan 32 tahun, tambahnya.
"Terdapat dua ciri jelas yang menguatkan kajian ini. Pertama, bandar-bandar di Malaysia menjadi semakin penas dengan peningkatan intensiti pembangunan yang menyumbangkan kepada perubahan suhu.
"Keduanya, peta satelit menunjukkan penghijauan bandar yang menjadi salah satu kaedah penjagaan dan pengawalan alam sekitar merekodkan penurunan antara dua dan lapan darjah Celsius," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Think City, Hamdan Abdul Majeed memberitahu, tujuan kajian itu dijalankan adalah bagi memberi gambaran jelas mengenai perubahan suhu di bandar raya yang pesat membangun.
Menurutnya, hasil kajian itu penting bagi membolehkan agensi yang berkaitan untuk membuat strategi dan mencari penyelasaian yang lebih tepat.
"Ia juga adalah satu amaran awal serta mendidik orang ramai mengenai perubahan iklim yang melampau," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Sun Mar 07 2021
Dr Ceelia Leong berkata, hasil kajian mendapati kenaikan suhu di bandar- raya utama Malaysia disumbangkan oleh faktor pemanasan global. - Gambar hiasan/BERNAMA
Jualan Rahmah: Barangan bergula tidak lagi diberi diskaun bermula 1 Oktober
Bermula 1 Okt ini, semua produk makanan dan minuman yang mengandungi gula akan dikeluarkan daripada senarai barangan yang diberikan potongan harga dalam Program Jualan Rahmah MADANI.
JSJN Negeri Sembilan lelong barang kes hampir RM100,000
JSJN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan melelong barang kes yang dirampas dan disita membabitkan pengedaran dadah di negeri itu dengan hasil lebih RM99,000.
Pasaran modal penting dalam peralihan dan penyesuaian iklim - SC
Pasaran modal boleh menjadi pemangkin utama peralihan dalam peralihan dan penyesuaian iklim dengan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama seperti tenaga boleh baharu.
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
24 polis cedera, 39 penunjuk perasaan ditahan di Melbourne
Sekurang-kurangnya, 24 anggota polis cedera manakala 39 penunjuk perasaan anti-perang ditahan berhampiran Pameran Pertahanan Land Forces Melbourne pada Rabu.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.
Kuala Lumpur antara 100 teratas kluster sains dan teknologi terbaik dunia
Kedudukan Kuala Lumpur dalam kumpulan 100 teratas menunjukkan keupayaan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa terutama di bidang penyelidikan saintifik dan kemajuan teknologi.
Gua-gua kecil di dasar Kuala Lumpur tidak seteruk gambaran media sosial – Presiden IGM
Gua-gua kecil sememangnya terbentuk di dasar Kuala Lumpur tetapi tidak seburuk yang digambarkan dalam media sosial.
Kuala Lumpur masih selamat - Dr Zaliha
Beliau bagaimanapun menasihati orang ramai agar berhati-hati, terutamanya di kawasan berhampiran lokasi mendapan tanah.
Khabib bakal menemui peminat di Malaysia bulan depan
Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengumumkan akan menemui peminat-peminatnya di Malaysia pada 29 September depan di ibu negara.
Putera Mahkota Brunei adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 17 hingga 21 Ogos.
Hentian bas, laluan pejalan kaki di Lembah Klang akan dinaik taraf - Rafizi
Kerajaan menyasarkan penambahbaikan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan first and last mile.
Syed Azhar Syed Nazir dilantik Presiden baharu KLTA bagi penggal 2024-2026
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengendali "KL Hop-On Hop-OFF" ketuai barisan Exco KLTA baharu untuk perkaya mutu pelancongan ibu kota.
JAWI saran masjid dan surau laksana solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini
JAWI menyarankan agar masjid dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat Jenazah Ghaib malam ini.
Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.