PAGOH: Tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan isu yang telah selesai dilihat sengaja menimbulkan perbalahan.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai individu yang pernah menjadi figura penting dalam negara, Najib seharusnya mendokong dan membantu dalam aspek kestabilan negara.
“Saya hairan dan takjub orang seperti bekas Perdana Menteri ini boleh bangkitkan isu yang sudah pun selesai. Kerajaan Sabah berjalan dan berfungsi dengan cukup baik, saya tidak tahu dia nak korek cerita apa.
“Saya tidak tahu apa muslihat dan matlamat dia kalau tidak (hanya) niat yang jahat kerana (sengaja) menimbulkan perbalahan dan ketidakstabilan,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Jualan Prihatin Rakyat PN di Dataran Pagoh Jaya, di Pagoh pada Jumaat.
Terdahulu, “perang mulut” antara dua bekas Perdana Menteri itu berterusan selepas Muhyiddin mendakwa Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, cuba memutarbelitkan fakta kerana menuduh Bersatu menjadi punca kegagalan Muafakat Nasional.
SEMUA ARTIKEL DAN VIDEO BERHUBUNG PRN JOHOR ADA DI SINI
LAPOR LANGSUNG PRN JOHOR DI SINI
Tidak terhenti disitu, Najib kemudian turut mendakwa, Muhyiddin tidak bercakap benar tentang soal pencalonan Ketua Menteri selepas mereka bersama-sama memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Kata Najib, kenyataan Muhyiddin bahawa Perikatan Nasional (PN) hanya menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri selepas kempen berakhir adalah tidak benar, kerana rekod media menunjukkan kenyataan itu dibuat pada 12 September 2020, iaitu hari pertama berkempen.
Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, tidak sepatutnya membangkitkan perkara yang telah disahkan dalam perlembagaan negeri.
“Ini tidak membantu negara dan negeri pun, sepatutnya dalam situasi hari ini dia membantu kestabilan dan bukan mempersoalkan perkara yang sudah sah dari segi perlembagaan negeri.
“Dalam sudut apa sekalipun tidak perlu dipersoalkan, sebab itu di Sabah luar biasa, UMNO ada di sana bersama kita, dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Saya tidak faham (tindakan Najib), saya sudah jelaskan dalam media, saya juga sudah maklumkan pendirian dan pandangan kita, cukuplah,”katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Feb 04 2022
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu membantu pengguna yang membeli barangan keperluan secara pandu lalu pada Pelancaran Jualan Prihatin Rakyat di Dataran Pagoh Jaya pada Feb 4, 2022. - fotoBERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.