KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) tetap dengan pendirian supaya sekolah menengah di Johor tidak digunakan sebagai pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana tidak mahu segala persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah disusun atur, 'diganggu gugat'.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini kerana pelajar yang menduduki peperiksaan itu adalah kohort SPM yang paling terkesan akibat COVID-19.
Selain itu, katanya ia juga mengambil kira setiap meja dalam bilik peperiksaan telah disediakan dengan kod bar dan disusun mengikut indeks lengkap dan teratur, oleh itu, sebarang perubahan mengenainya akan memberi kesan kepada keputusan atau susun atur penyelarasan keputusan peperiksaan.
"Secara keseluruhan hampir semua bilik di sekolah digunakan untuk tujuan peperiksaan SPM dan pada hari Khamis sebelum hari pengundian nanti, ada peperiksaan Matematik dan ini akan melibatkan semua calon SPM di seluruh negara termasuk di Johor.
"Ini adalah satu peperiksaan yang besar dan pada hari Isnin akan ada peperiksaan Sains yang turut melibatkan ramai calon maka kita tidak mahu susunan ini diganggu, dipindahkan dan diasingkan untuk tujuan pilihan raya kerana nanti proses atau tatacara yang kita gunakan dalam penyusunan ini, kita perlu teliti satu persatu kembali," katanya.
BACA: PRN Johor: KPM minta tidak jadikan sekolah menengah pusat mengundi - Radzi
Radzi berkata demikian dalam video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya, bagi menjelaskan mengenai mengapa sekolah menengah di Johor tidak sesuai digunakan sebagai tempat pengundian bagi PRN Johor pada 12 Mac ini.
Beliau berkata pendirian itu juga diambil bagi memudahkan pihaknya menetapkan tempoh baharu peperiksaan kepada pelajar yang tidak dapat menduduki SPM kerana dikuarantin.
"Untuk SPM kali ini seperti mana SPM tahun lepas, sekiranya pelajar tidak dapat menduduki SPM kerana dikuarantin, mereka akan mendudukinya dalam tempoh ditetapkan kemudian. Sebab itu, penyusunan dalam bilik peperiksaan penuh teliti dan kita tidak mahu susunan ini diganggu gugat bagi memastikan kelancaran SPM," katanya.
Bagaimanapun, Radzi berkata pihaknya tiada masalah jika sekolah rendah digunakan bagi tujuan pilihan raya berkenaan.
Semalam, Radzi memaklumkan pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menggunakan sekolah menengah sebagai pusat mengundi dalam PRN Johor bagi memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan itu yang bermula dari 2 hingga 29 Mac ini.
--- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini kerana pelajar yang menduduki peperiksaan itu adalah kohort SPM yang paling terkesan akibat COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
6,034 guru lantikan kontrak ditempatkan di sekolah KPM
Seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.
KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.
KPM cadang perluas sekolah K9, K11 tahun ini
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang meningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun ini.
Sekolah padat: KPM rangka intervensi jangka panjang, pendek - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
KPM, agensi perlu mampu atasi keciciran pelajaran tanpa bergantung kepada orang politik - Penganalisis
KPM dan agensi-agensi di bawahnya perlu mampu bertindak sendiri dengan menggunakan data-data sedia ada untuk mengatasi isu keciciran pelajaran.
Sekolah daif: PAC beri dua bulan untuk KPM laksana empat syor
PAC memberi tempoh dua bulan kepada KPM untuk menjawab dan melaksanakan empat syor yang telah diberikan berhubung isu sekolah daif, sebelum dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan.
'Content' di media sosial perlu bermanfaat, tidak langgar etika - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan para guru menghasilkan kandungan di media sosial yang memberi manfaat, tidak melanggar garis panduan ditetapkan dan beretika.
Intervensi kurikulum: 'Tiada lagi keciciran pembelajaran bagi murid di peringkat asas' - Pakar
Anuar Ahmad, berkata penguasaan 3M dengan cepat akan memberi impak positif terhadap proses pembelajaran mereka.