PUTRAJAYA: Kebanyakan trend pengundi muda di negeri Johor ketika ini masih lagi mengambil pendekatan untuk memerhati parti-parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadual tidak lama lagi.
Menurut Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan, kesemua parti yang bertanding pada PRN tersebut perlu meyakinkan golongan muda negeri itu jika mahu undi mereka terjamin.
“Tidak ada satu parti yang boleh mengatakan bahawa mereka telah monopoli Undi18 ni... tiada yang boleh kata dia mampu kawal semua mereka (pengundi 18 tahun).
"Orang muda sekarang ini, kesetiaan mereka pada partinya bukanlah tinggi sangat. Mereka akan mengadili segala pilihan yang ada,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Tambahnya, keputusan untuk mendapatkan undi daripada kalangan anak muda negeri Johor amat bergantung kepada kebijaksanaan yang akan ditawarkan kepada mereka.
Malah jelasnya, golongan itu lebih cenderung untuk memilih tawaran yang lebih bersifat pakej yang komprehensif melibatkan calon yang bakal dipertaruhkan oleh parti-parti politik.
Ini katanya termasuklah kemungkinan calon muda dari kalangan mereka juga turut menjadi faktor menarik undi pada pertarungan itu nanti.
“Kalau hanya mereka yang senior sahaja ditampilkan, saya rasa pengundi-pengundi muda ni sedikit menjauhi. Tetapi mungkin tak juga untuk kita katakan bahawa pengundi muda ini hanya akan sokong mereka yang berumur 18 tahun ataupun 20 tahun semata-mata.
“Pengundi muda ini lebih kompleks dan lebih matang daripada itu. Selagi kita bawa idealisme dan membawa satu tawaran yang mesra kepada ganerasi mereka, maka itulah yang mendapat sokongan paling tinggi,” jelasnya ketika ditanya samada UMNO akan turut membariskan calon-calon di kalangan anak muda pada PRN Johor nanti.
BACA SEMUA BERHUBUNG UNDI18 DI SINI
PRN Johor bakal mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya akan menyaksikan golongan belia 18 tahun ke atas dibenarkan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Ia sekali gus melayakan lebih 700,000 golongan itu untuk berbuat demikian pada PRN yang dijadualkan pada 12 Mac depan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Feb 13 2022

Menurut Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan, kesemua parti yang bertanding pada PRN tersebut perlu meyakinkan golongan muda negeri itu jika mahu undi mereka terjamin. - Gambar fail/Sinar Harian
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.