awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Lima negeri catat peratusan keluar mengundi lebih 60 peratus setakat 4 petang

Bernama
Bernama
12/08/2023
09:30 MYT
PRN: Lima negeri catat peratusan keluar mengundi lebih 60 peratus setakat 4 petang
Lima negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus setakat pukul 4 petang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - BERNAMA
PUTRAJAYA: Lima negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus setakat pukul 4 petang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 70 peratus diikuti Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus) dan Negeri Sembilan (62 peratus).
Kelantan masih lagi rendah dengan peratusan keluar mengundi dicatatkan 56 peratus setakat 4 petang tadi.
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dicatatkan setakat 4 petang tadi adalah 67 peratus.
Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri, dibuka bermula 8 pagi tadi.
Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat atau saluran mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peratusan keluar mengundi
#PRN enam negeri
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan