MELAKA: Sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditutup pada pukul 2 petang ini.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Plihan Raya (SPR), 21 pusat itu telah digazetkan untuk ditutup pada pukul 2 petang, dan menurutnya setakat pukul 1 tengah hari tadi, 56 peratus pengundi awal telah mengundi.
Senarai PPA yang ditutup pada pukul 2 petang itu melibatkan 20 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Bilik Taklimat Balai Polis Kuala Sungai Baru di DUN Kuala Linggi, Bilik Taklimat Balai Polis Lubok China di DUN Ayer Limau, Bilik Maklumat Balai Polis Masjid Tanah di DUN Lendu dan Bilik Taklimat Balai Polis Simpang Empat di DUN Taboh Naning;
Bilik Taklimat Balai Polis Trafik Alor Gajah di DUN Rembia, Ruang Rehat Balai Polis Gadek di DUN Gadek, Bilik Penerangan Balai Polis Durian Tunggal dan Bilik Pusat Latih PALAPES UTEM di DUN Durian Tunggal, Bilik Mesyuarat Balai Polis Selandar di DUN Asahan dan Bilik Taklimat Balai Polis Sungai Udang di DUN Sungai Udang.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 11,557 mengundi awal hari ini
Turut ditutup pada pukul 2 petang ialah Bilik Taklimat Balai Polis Tanjung Kling di DUN Pantai Kundor, Bilik Taklimat Balai Polis Tanjung Minyak di DUN Paya Rumput, Bilik Taklimat Balai Polis Batang Tiga di DUN Kelebang, Bilik Taklimat Balai Polis Bukit Baru di DUN Bukit Katil dan Bilik Gerakan Balai Polis Tiang Dua di DUN Ayer Molek.
Enam lagi PPA yang ditutup pada pukul 2 petang ialah Bilik Bertemu Pelanggan Balai Polis Malim Jaya di DUN Kesidang, Bilik Mesyuarat Balai Polis Tengkera di DUN Kota Laksamana, Bilik Gerakan Balai Polis Kandang di DUN Telok Mas, Bilik Taklimat Balai Polis Merlimau di DUN RIM, Bilik Penerangan Balai Polis Merlimau di DUN Merlimau dan Dewan Serbaguna Balai Polis Sungai Rambai di DUN Sungai Rambai.
Sementara itu, proses pengundian awal di semua 21 PPA yang mula dibuka pukul 8 pagi tadi berjalan lancar.
Proses pengundian awal pagi ini menyaksikan penekanan diberikan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), selaras dengan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara, kerana situasi pandemik yang masih belum terkawal sepenuhnya.
Penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan langkah merekodkan kehadiran dilaksanakan di pusat-pusat pengundian selain mereka yang hadir perlu mengimbas kod respons pantas (QR) MySejahtera sebelum masuk ke PPA.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Setakat pukul 1 tengah hari tadi, 56 peratus pengundi awal telah keluar mengundi. - Foto BERNAMA

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.