AYER KEROH: Perbincangan untuk menentukan siapa calon Ketua Menteri Melaka dari Perikatan Nasional (PN) telah berlangsung, namun identitinya biarlah terus menjadi misteri, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Malah, menurut Wan Saiful, pakatan berkenaan juga sudah mengenal pasti calon yang paling ideal untuk mengetuai jentera pentabiran negeri, seandainya PN berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Namun, Wan Saiful berkata, nama calon Ketua Menteri akan diputuskan di peringkat tertinggi PN setelah mendapat persetujuan daripada kesemua parti komponen.
“Fokus Perikatan Nasional adalah untuk memenangi PRN ini, kemudian baru kita akan bincangkan,. Dan kita (Perikatan Nasional Melaka) serahkan calon Ketua Menteri kepada peringkat tertinggi, tak sesuai untuk saya umumkan sekarang.
“Perbincangan telah berlaku, ada idea mengenai siapa yang patut dinamakan. Tapi lebih baik ditunggu dahulu. Malam ini ada sesi besar, tuan guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), akan bercakap, Tan Sri Muhyiddin bercakap, mungkin sesuai kita tunggu. Identiti biarlah jadi misteri,” katanya lagi.
Wan Saiful berkata demikian di sidang media Perikatan Nasional sempena PRN Melaka, di Hang Tuah Jaya di sini, hari ini.
Turut menyertai sidang media itu ialah Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Melaka, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam yang akan bertanding di DUN Ayer Keroh; Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek (DUN Duyong) dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mohd Yadzil Yaakub (DUN Bemban).
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, PN senada dengan parti-parti lain, termasuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) yang mengekang proses kempen kali ini.
“Kita nak memastikan mesej kita sampai kepada rakyat, sampai kepada seluruh pengundi. Tetapi ada sedikit kekangan dengan SOP yang begitu ketat, oleh SPR. Mungkin ada ruang untuk SPR longgarkan SOP yang dikenakan, pastikan kempen berjalan dengan adil dan saksama.
“Bukan kita yang sebabkan kesukaran dan cabaran dalam negeri ini, ada pihak lain. Bagaimanpun, kita pastikan mesej kita, berjalan dengan baik, kita nak menceritakan, kejayaan yang dicapai sewaktu era Perikatan Nasional,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Nov 11 2021
Menurut Wan Saiful, Perikatan Nasional sudah mengenal pasti calon yang paling ideal untuk mengetuai jentera pentabiran negeri, seandainya PN berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini. - Gambar Astro AWANI
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.