MELAKA: Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memasuki hari kedua semalam dengan calon-calon yang bertanding sebaik mungkin cuba untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Baik Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan calon-calon Bebas, kesemua yang bertanding dilihat lebih mesra menggunakan media sosial Facebook, WhatsApp, twitter dan Youtube, untuk hebahan mengenai calon.
Selain itu kenderaan siar raya untuk hebahan dan berkempen kepada pengundi juga telah mula rancak digerakkan, terutama di kawasan kampung dan taman-taman perumahan.
Laman Facebook PN umpamanya menggunakan platform berkenaan untuk menghebahkan kesemua 28 calon yang mewakili mereka pada PRN kali ini, dengan setiap calon membuat ucapan kira-kira 30 saat untuk memperkenalkan diri dan kawasan yang ditandingi mereka.
Selain itu, poster juga dikeluarkan dalam bentuk digital dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial yang lain, dengan sedikit penerangan ringkas mengenai calon bagi memudahkan pengundi mengenali individu yang bertanding, di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari menampilkan kelainan dalam berkempen, dengan menunggang skuter elektrik sambil mengedarkan risalah kempen dari rumah ke rumah, di sebuah taman perumahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, kawasan yang ditandinginya pada PRN ini.
Berusia 50 tahun, beliau turut memuat naik grafik kreatif dan karikatur yang dihasilkan dan dihantar oleh anak-anak muda, sebagai salah satu strategi mendampingi kumpulan tersebut, yang berjumlah 10,545 orang daripada keseluruhan 25,945 pengundi, di kawasan yang dimenanginya sejak penggal lalu.
Pendekatan sama turut digunakan Pengerusi PN Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, yang bercerita mengenai zaman kanak-kanaknya ketika membesar di Ujong Pasir di sini, dalam usaha menampilkan dirinya sebagai calon anak tempatan bagi DUN Telok Mas.
"Kampung saya di Ujong Pasir. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ujong Pasir selama enam tahun (Darjah Satu hingga Enam), menetap dan membesar di Taman Jaya Padang Temu.
"Ayah dan ibu saya pernah berniaga kedai runcit di Ujong Pasir selama tujuh tahun dan berniaga sebagai pembekal gas memasak Petronas selama 10 tahun, di Taman Jaya Padang Temu. Saya adalah anak tempatan N23 Telok Mas," katanya.
Bagi Putra pula, parti tersebut memuat naik sebuah video di YouTube membabitkan Pengerusi Badan Perhubungan Putra Melaka Mohd Aluwi Sari, yang bertanding di DUN Pengkalan Batu sebelum video berkenaan dipautkan di Facebook.
BN dan DAP pula masing-masing menggunakan trak dan lori siar raya yang mempunyai skrin digital dan pembesar suara untuk membuat hebahan kempen secara bergerak, di kawasan bandar dan pedalaman.
SOP PRN Melaka pada kali ini menggariskan beberapa larangan, antaranya penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dan 'walkabout' adalah tidak dibenarkan.
Tetapi ada sesetengah daripadanya mengambil strategi bersarapan dan minum petang di lokasi tumpuan ramai, turut dihidu media bagi memburu liputan terbaik yang bersesuaian dengan kehendak pembaca masing-masing.
Ketiadaan jadual program calon menyebabkan kumpulan WhatsApp yang diwujudkan parti-parti politik 'diserang' dengan pelbagai pertanyaan petugas media, dan bagi 15 calon Bebas yang 'bersatu' di bawah Gagasan Bebas, gerak kerja kempen mereka masih belum diketahui.
Tidak seperti kelaziman, kemeriahan perang poster dan bendera hanya mula dirasai pada hari kedua kempen, di kebanyakkan tempat di negeri ini.
Hari ini, tumpuan PRN akan terarah kepada pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), manakala manifesto Perikatan Nasional (PN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan 22 calon Bebas, masih belum diketahui tarikh pelancarannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Para penyokong parti Pakatan Harapan memulakan kerja memasang bendera parti tersebut setelah bermulanya kempen Pilihan Raya Negeri Melaka 2021, ketika tinjauan 8 Nov, 2021. --fotoBERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.