KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah 1,538 anggotanya di Melaka bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu bulan hadapan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ketika ini keanggotaan sedia ada di negeri berkenaan adalah seramai 1,752 anggota.
"Hari ini, kami telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara dan sedang membincangkan SOP PRN Melaka, yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.
"Oleh yang demikian, apabila kami mendengar SOP yang dicadangkan SPR kemungkinan kami terpaksa bersiap sedia untuk menambah jumlah anggota untuk bantu SPR," katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Posthumous dan Skim 'Ex-Gratia' Bencana Kerja di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Hamzah berkata jumlah keanggotaan itu akan berkemungkinan akan ditambah dari semasa ke semasa dan akan meminta bantuan daripada kontinjen negeri lain.
Sebelum ini, SPR mengumumkan tarikh pelaksanaan PRN Melaka pada 20 Nov ini manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.
Sementara itu, pada majlis berkenaan tiga anggota PDRM yang terkorban semasa penugasan pada 11 Julai dan 8 Ogos lepas, dinaikkan pangkat secara 'Posthumous', selain waris mereka menerima pampasan menerusi Skim 'Ex-Gratia' Bencana Kerja.
Mereka yang dinaikkan pangkat adalah Allahyarham Sarjan Mohd Arifah Md Yasin kepada Sarjan Mejar, Allahyarham Koperal Abdul Rahman Nordin kepada Sarjan dan Allahyarham Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi kepada Lans Koperal.
"Skim Ex-Gratia Bencana Kerja PDRM ini adalah skim yang memberi pampasan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam termasuk pegawai polis dan pegawai awam PDRM, yang ditimpa bencana kerja semasa menjalankan tugas rasmi hingga menyebabkan hilang upaya kekal dan meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, Hamzah berkata KDN tidak akan kompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan sebarang tindakan boleh membahayakan nyawa anggota PDRM, serta tidak bertolak ansur terhadap perbuatan menghalang anggota PDRM melaksanakan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Hamzah berkata ketika ini keanggotaan sedia ada di negeri berkenaan adalah seramai 1,752 anggota. - Gambar fail
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.