awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Pemilik kedai nafi tutup kedai bila Najib datang

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2021
09:26 MYT
PRN Melaka: Pemilik kedai nafi tutup kedai bila Najib datang
Pemilik kedai tersebut memaklumkan kedatangan Najib telah dimaklumkan lebih awal. - Gambar FB Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring.
KUALA LUMPUR: Pemilik kedai makan di Pantai Siring menafikan kedainya ditutup ketika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba.
Sebaliknya pemilik kedai Dak Lin Celup Tepung Bawah Pokok Pantai Siring, Haslinda Musa menjelaskan pada hari Ahad lalu Najib dilayan seperti biasa.
Malah Haslinda menjelaskan, kedatangan Najib telah dimaklumkan kepada pihaknya dan dia amat teruja untuk bertemu bekas perdana menteri itu biarpun masih berpantang.
"Sekarang ini ada isu viral daripada pihak tertentu kata kita tutup kedai tak layan Datuk Seri, itu semua tak betul, sudah kira fitnah yang agak melampau, yang boleh merosakkan nama kedai saya juga.
"Sebenarnya masa 'Bossku' datang, air laut tengah pasang besar, jadi semua meja yang kat bawah pokok kita tak boleh letak, jadi semua meja kita pindah masuk dalam kedai dan seberang sungai.
"Masa hari kejadian itu, kita buka kedai pukul 8 pagi, kita terpaksa buka meja dalam untuk orang awam sebelum Bossku datang.
"Bossku datang awal 10 minit dari jadual dia, jadi kami kelam kabut tak sempat lagi nak bersihkan kedai, jadi kami terpaksa kemaskan meja, nak sapu lantai, lepas sapu lantai baru susun balik meja dalam kedai.
"Apa yang diviralkan itu semua tak betul, semua fitnah. Terima kasih Bossku sudi datang kedai Dak Lin,"katanya menerusi video ringkas yang disiarkan di Facebooknya.
Sebelum ini tular video seolah-olah pemilik kedai menutup kedai sebaik sahaja Najib dan rombongannya tiba untuk bersarapan di Pantai Siring.
Video yang disiarkan di Facebook Kelab Che Det itu bukan lah versi penuh sebaliknya hanya memaparkan peringkat awal ketibaan Najib.
Topic Berkaitan
#Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring
#Najib Razak
#makan
#suka makan
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan