awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: "Nak undi siapa lagi, mestilah adik saya" - Shabudin Md Nor

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/08/2023
02:10 MYT
PRN: "Nak undi siapa lagi, mestilah adik saya" - Shabudin Md Nor
Shabudin Md Nor yang juga abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama seluruh ahli keluarga mereka mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, Sik.
SIK: Abang kepada Menteri Besar Kedah, Shabudin Md Nor tidak melepaskan peluang hadir awal pagi bagi menunaikan tanggungjawab.
Shabudin tiba sekitar jam 8.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya sebelum selesai membuang undi sekitar jam 8.45 pagi.
Menurutnya, kesemua 13 beradiknya juga akan mengundi di lokasi yang sama untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi.
Kata Shabudin, Perikatan Nasional (PN) mempunyai potensi yang cerah untuk kekal mentadbir di negeri jelapang padi ini.
"Saya datang mestilah untuk adik saya (Sanusi), harapan kita biasalah dah ada di sebelah sini (PN) jadi kita nak dia menanglah.
"Gelombang PN cukup memberangsangkan kalau tengok kawasan sebelah sana (parti lawan) boleh kira 50-50 tapi sekarang mungkin tipis.
"Harapan orang kampung pun sama sajalah (PN menang)," katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di sini pada Sabtu.
Shabudin antara individu yang terpalit dengan serangan politik Menteri Besar Kedah itu apabila kediamannya yang didakwa milik Sanusi menjadi sasaran pihak lawan.
Ujar Shabudin, perkara itu tidak memberi sebarang kesan terhadap diri dan kerjayanya.
"Tentang rumah saya itu saya okey sajalah… saya dah biasa hidup dalam keadaan tekanan. Kerja saya yang dalam air pun (minyak dan gas)dah biasa dengan tekanan," jawabnya ringkas.
Tambah Shabudin, ibu dan bapanya juga dijangka hadir untuk mengundi Muhammad Sanusi di lokasi sama.
Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berdepan dengan pesaingnya, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang mewakili Barisan Nasional.
Topic Berkaitan
#PRN
#MB Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Shabudin Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan