awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pusat mengundi di enam negeri, PRK Kuala Terengganu ditutup, proses kira undi bermula

Bernama
Bernama
12/08/2023
10:16 MYT
PRN: Pusat mengundi di enam negeri, PRK Kuala Terengganu ditutup, proses kira undi bermula
Kesemua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesemua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.
Bergantung kepada kedudukan kawasan pusat mengundi, beberapa pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat seawal pukul 1 tengah hari sebelum pengundian berakhir pada 6 petang.
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke 186 pusat penjumlahan rasmi undi dan keputusan rasmi akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini.
Sebanyak 9,674,456 pengundi biasa daripada 9,773,571 pemilih berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya enam negeri hari ini yang menyaksikan 570 calon bertanding merebut 245 kerusi Dewan Uundangan Negeri (DUN).
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan Kelantan mempunyai 45.
Bagi PRK Kuala Terengganu pula, seramai 122,160 pengundi biasa daripada 123,575 pemilih berdaftar layak mengundi.
PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu satu.
PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat mengundi ditutup
#PRN enam negeri
#PRK Kuala Terengganu
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan