Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini, keadaan keselamatan di negeri ini pada keseluruhannya terkawal dan tenang, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.
"Setakat ini tiada apa-apa maklumat berkaitan masalah (diterima polis) tentang keselamatan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Hazani berkata semua ketua polis daerah juga telah diarahkan supaya berbincang dengan bakal calon agar menasihatkan penyokong masing-masing mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan.
Sementara itu dalam kenyataan media, Hazani berkata calon perlu memohon permit daripada ketua polis daerah sebelum mengadakan ceramah dalam tempoh berkempen dengan jumlah peserta tidak melebihi 250 orang serta mematuhi SOP yang ditetapkan.
Katanya, calon juga dinasihatkan agar mengingatkan para penyokong supaya tidak melakukan vandalisme atau khianat terhadap poster-poster dan bendera pihak lawan sementara orang ramai juga diminta tidak menyalahgunakan multimedia untuk menimbulkan isu-isu sensitif serta provokasi yang boleh menimbulkan kekacauan serta menjejaskan ketenteraman awam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 11 2020
Para petugas melakukan kerja-kerja sanitasi bagi persediaan menghadapi hari penamaan calon sempena PRN Sabah di Kompleks Wisma Wanita, Kota Kinabalu, 11 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Piala Dunia Qatar: Tehran kemuka bantahan kepada FIFA
Bendera tanpa jata negara Islam itu dimuat naik ke Twitter, Facebook dan Instagram sebelum Mesyuarat Piala Dunia pada Selasa.
PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis
Polis mengingatkan parti politik agar tidak memasang bahan kempen di lokasi dan premis yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Pascapemakaman Ratu Elizabeth II: Bendera rasmi di UK dinaikkan semula
Bendera-bendera rasmi di United Kingdom yang dikibarkan separuh tiang sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September lalu, dinaikkan semula ke tiang penuh pada Selasa.
PRN Sarawak: Perang bendera bakar semangat, rakyat undi calon dengan 'report card' cemerlang
Adakah perang bendera ini senjata paling ampuh untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat memilih calon paling layak?
Jalur Gemilang gergasi hiasi PPR Padang Hiliran
Penduduk bergontong-royong menyiapkan bendera gergasi sepanjang 50 meter dan direntangkan di bangunan setinggi 17 tingkat itu.
'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR
Pengguna jalan raya yang melalui SJR di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum Ultraman.
Jalur Gemilang harus dimuliakan, tidak boleh diganggu imejnya - Saifuddin
Penggunaan Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia mempunyai kaedah tertentu yang perlu dipatuhi.
PM ajak kibar Jalur Gemilang, tanda bersatu perangi COVID-19
Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia.