KUALA LUMPUR:Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab jika wakil UMNO gagal menjadi Ketua Menteri Sabah yang akan diumum dalam tempoh terdekat.
Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam menegaskan, Presiden UMNO itu juga perlu berkeras dalam menuntut isu itu kerana jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) jelas lebih tinggi berbanding yang dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Disebabkan Ahmad Zahid tidak dengar cakap, kemungkinan besar kerusi ketua menteri perlu diberi kepada parti Bersatu.
"Semua berlaku kerana kelemahan Ahmad Zahid, akibat tindakan beliau tidak benarkan 12 Ketua Bahagian UMNO yang tidak menyokongnya selepas membantah perlantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai pengarah PRN, 12 orang ini telah digugurkan sebagai calon.
"Kemudian, calon BN di 12 kawasan ini telah tewas walaupun mereka sudah berkhidmat untuk rakyat sejak BN tewas PRU pada 2018 lagi," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
BACA: Kenyataan Ahmad Zahid cetus suasana tegang kepada UMNO - Penganalisis
BACA: PRN Sabah: Tanggungjawab besar menanti bakal Ketua Menteri
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Ahad dilaporkan meminta diberi tempoh untuk membuat keputusan siapa akan diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Perkembangan terbaharu itu dikongsi Bung Moktar selepas selesai bertemu Juhar.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dalam sebuah portal dilaporkan berkata, Ahli Parlimen BN sewajarnya menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Ketua Menteri Sabah baharu dilantik daripada Bersatu.
Tegasnya, telah ada persefahaman bahawa BN akan menamakan Ketua Menteri jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Menurutnya, BN dijanjikan kerusi Ketua Menteri sebagai balasan melepaskan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti menyertai Bersatu.
Dalam pada itu, kata Lokman, kemelut ini perlu diselesaikan segera untuk memastikan perkara sama tidak berulang menjelang PRU akan datang.
Sebelum ini juga, penganalisis Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, kenyataan Ahmad Zahid dalam isu sokongan Ahli Parlimen UMNO kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan suasana tegang dan tidak selesa dalam kalangan ahli parti.
Tegas felo penyelidik dari Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia itu, kenyataan yang dibuat beliau juga gagal ditafsir dan perlu dilihat dari sudut yang luas daripada orang bawahan parti.
Astro Awani
Mon Sep 28 2020
Kata Lokman, kemelut ini perlu diselesaikan segera untuk memastikan perkara sama tidak berulang menjelang PRU akan datang. - Twitter LokmanAdam
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.