KUCHING: Keputusan untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 ketika tempoh pandemik adalah satu keputusan yang sukar bagi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Katanya, situasi unik ini berlaku julung kalinya di dalam sejarah Sarawak di mana Kerajaan Negeri perlu mendapatkan mandat baharu dalam masa yang sama mentadbir dan melaksanakan strategi menangani wabak.
“Sudah tentu (sukar).. kita perlu melibatkan semua pihak.
“Kesihatan orang ramai juga penting dan pada masa yang sama kita mesti mengamalkan proses demokrasi kita supaya apabila kita membuat keputusan, kita dapatkan input daripada semua pihak berkepentingan seperti yang saya katakan tadi,” katanya semasa Sidang Media Khas di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.
Sementara itu, Abang Johari turut memaklumkan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi Kerajaan Interim di mana ia adalah transisi biasa yang berlaku sebelum Kerajaan baharu terbentuk.
“(Sebagai Kerajaan Interim), kita tidak boleh membuat apa-apa keputusan besar sebab itulah mandat perlu dikembalikan kepada rakyat.
“Walaupun semasa Darurat tanpa sebarang mandat, kita tidak boleh membuat apa-apa keputusan besar kita hanya mentadbir negara sebagaimana adanya.
“Kerana apa yang penting kita mahu pulih daripada pandemik. Jadi apabila kita mendapat mandat maka barulah kita boleh memulakan pelaksanaan dasar kita,” jelasnya lagi.
Antara lain, Abang Jo turut memberitahu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar akan memaklumkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pembubarannya sebagai prosedur.
“Sebabnya (DUN) dah terbubar berkuat kuasa 3 November lalu kerana ini adalah situasi unik di mana Yang di-Pertuan Agong telah mengangkat Proklamasi Darurat dan secara automatik ia terbubar. Tapi untuk mematuhi prosedur, Speaker kita akan maklumkan kepada SPR juga,” katanya.
Fadilah Sulaiman
Fri Nov 05 2021
Jelas Abang Johari apa yang penting Sarawak mahu pulih daripada pandemik dan mandatrakyat perlu diperbaharui bagi memulakan pelaksanaan dasar berkaitan. - Foto Astro AWANI.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menggesa seluruh ahli SUPP untuk berhenti bermain politik, sebaliknya fokus untuk bekerja bagi membalas kepercayaan pengundi.
PRN Sarawak: Cadangan pembangunan penempatan baharu untuk Melayu Vaie hampir berjaya
Kepesatan pembangunan yang berlaku di bandar Bintulu ketika ini menyaksikan beberapa kawasan mengalami kepadatan penduduk yang tinggi.
PRN Sarawak ketika pandemik, ini keputusan sukar - Abang Jo
Situasi unik ini berlaku julung kalinya di dalam sejarah Sarawak di mana Kerajaan Negeri perlu mendapatkan mandat baharu dalam masa yang sama mentadbir dan melaksanakan strategi menangani wabak.
Pimpinan PN Sarawak perlu hormati pendirian GPS - Penganalisis Politik
Sebaliknya sokongan diberikan hanya untuk mengukuhkan kerajaan di peringkat Persekutuan bukannya di peringkat negeri.
GPS konsisten sokong pihak yang perjuang hak Sarawak - Penganalisis
Gabungan Parti Sarawak (GPS) memiliki 18 kerusi di Dewan Rakyat dan jumlah itu boleh menjadi penentu siapa yang memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat - Speaker
Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.
GPS berfungsi sebagai kerajaan interim jika tempoh darurat dilanjutkan - Penganalisis
Kerajaan negeri Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih boleh berfungsi sebagai kerajaan interim bagi memerintah negeri itu sekiranya tempoh darurat terpaksa dilanjutkan.
PBB aktifkan pasukan kawal selia media sosial
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengaktifkan satu pasukan khas bagi mengawal penyebaran berita palsu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sarawak Memilih: GPS yakin pegang mandat seterusnya - Masing
Dengan kerjasama setiap komponen dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), kejayaan itu tidak mustahil untuk dicapai.