awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS berfungsi sebagai kerajaan interim jika tempoh darurat dilanjutkan - Penganalisis

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
12/01/2021
05:41 MYT
GPS berfungsi sebagai kerajaan interim jika tempoh darurat dilanjutkan - Penganalisis
Tambahnya, penangguhan PRN 12 juga tidak akan menyaksikan sebarang perubahan drastik daripada aspek kawalan kerajaan negeri kerana pada dasarnya GPS masih lagi memegang kuasa sebagai kerajaan interim. FOTO: Sinar Harian
KUALA LUMPUR:Kerajaan Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih boleh berfungsi sebagai kerajaan interim bagi memerintah negeri itu sekiranya tempoh darurat terpaksa dilanjutkan.
Menurut Penganalisis Politik, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, ini kerana GPS merupakan pemerintah terkini atau government of the day.
“Sekiranya PRN Sarawak terpaksa ditangguhkan lagi dan tempoh darurat terpaksa dipanjangkan, saya kira kedudukan GPS masih lagi dalam keadaan yang stabil.
“Ini kerana kerajaan GPS masih lagi kerajaan pemerintah terkini ataupun government of the day jadi lazimnya kerajaan yang menyandang ini akan diberikan kuasa untuk menjadi kerajaan interim ataupun sementara,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Tambahnya, penangguhan PRN 12 juga tidak akan menyaksikan sebarang perubahan drastik daripada aspek kawalan kerajaan negeri kerana pada dasarnya GPS masih lagi memegang kuasa sebagai kerajaan interim.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
BACA: Proklamasi darurat: PRU, PRN, PRK tidak akan diadakan - PM
Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat dilaksanakan.
Tindakan itu adalah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 seperti mana yang terjadi selepas PRN Sabah pada tahun lalu.
Mandat bagi kerajaan negeri itu akan berakhir pada Jun 2021 dan apabila mencapai tempoh matang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara automatik tetap akan bubar.
Justeru, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubarannya.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak tangguh
#kerajaan negeri Sarawak
#kerajaan negeri interim
#darurat COVID-19
#Pilihan Raya Negeri Sarawak
#Gabungan Parti Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan