KUCHING: Pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini dinasihat supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata suruhanjaya itu melalui aplikasi MySPR Semak telah meletakkan maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan untuk setiap pengundi.
Beliau berkata sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, mereka masih boleh mengundi mengikut kelapangan masa dari 7.30 pagi hingga 5 petang atau waktu yang telah diwartakan di pusat mengundi masing-masing.
"Namun demikian, pengundi dinasihatkan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan khas pencegahan COVID-19 pada hari mengundi nanti," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Katanya pengundi yang telah mengetahui maklumat pengundian disaran terus ke saluran mengundi yang ditetapkan dan mereka juga disaran membuat semakan awal sebelum hari mengundi melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
"Semasa membuat semakan, pengundi disaran mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih," katanya.
Ikmalrudin turut mengingatkan pengundi supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran bagi memudahkan proses semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian.
"Pengundi juga dinasihatkan menyimpan kad pengenalan dengan selamat dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain kecuali petugas pilihan raya di pusat mengundi masing-masing," katanya.
Beliau berkata seramai 1,213,769 pengundi biasa daripada 1,252,014 pengundi berdaftar layak mengundi Sabtu ini manakala seramai 20,360 orang adalah pengundi awal dan 17,885 orang telah mengundi secara pos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini dinasihat supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan oleh SPR. -Gambar fail
Tengku Permaisuri Selangor turun padang sertai larian bersama bomba
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan mencemar duli menyertai rakyat dalam program larian bersama bomba 2025.
Ramanan nafi terlibat salah laku
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan menafikan dakwaan terlibat dengan sebarang salah laku susulan satu video tular memaparkan beliau memberikan wang kepada individu lain di hadapan sebuah premis.
Draf pindaan berkaitan tahanan di rumah dibentang tahun ini
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail jelaskan, draf pindaan Akta Penjara berkaitan pelaksanaan tahanan rumah di peringkat semakan Jabatan Peguam Negara dan akan dibentangkan pada sesi Parlimen tahun ini.
Masih tiada pihak bayar jaminan, pemandu lori kekal di lokap
Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), setakat Sabtu.

Pemilihan PKR: Ramanan nafi terlibat salah laku
Datuk Seri R Ramanan menafikan dakwaan terlibat dengan sebarang salah laku susulan satu video tular memaparkan beliau memberikan wang kepada individu lain di hadapan sebuah premis.

Saifuddin Nasution sangkal dakwaan PKR berdepan amalan politik wang
Saifuddin Nasution menyangkal dakwaan PKR kini berdepan risiko amalan politik wang bagi menarik sokongan khususnya pada pemilihan sesi 2025-2028.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025
Malaysia melakar sejarah apabila dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 yang dijadual berlangsung di ibu negara dari 4 hingga 8 Nov ini.

Syahrini terima penghargaan UNESCO di Cannes 2025
Syahrini menyampaikan mesej inspirasi kepada wanita seluruh dunia agar percaya pada impian, menghargai suara sendiri, dan terus bangkit.

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri

Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.

'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.

PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi

PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.

PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.