KUALA LUMPUR: Kesemua 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri ditutup pada 5 petang tadi.
Turut ditutup ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.
Semua pusat pengundian awal di enam negeri termasuk di IPK Terengganu itu ditutup secara berperingkat seawal 12 tengah hari mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi.
Di IPK Terengganu, pusat pengundian awal pertama ditutup ialah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada 12 tengah hari, diikuti DUN Bandar pada 2 petang dan yang terakhir DUN Ladang pada 5 petang, manakala tiada pusat pengundian awal bagi DUN Wakaf Mempelam.
Terdahulu, semua pusat pengundian awal PRN dibuka pada 8 pagi hari ini bagi memberi ruang kepada 97,388 pengundi awal terdiri daripada 49,660 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka selaku pengundi awal.
Pusat pengundian di IPK Terengganu juga dibuka pada waktu yang sama bagi memberi laluan kepada 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan memilih calon untuk mewakili mereka di Parlimen Kuala Terengganu, yang merupakan PRK pertama diadakan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRK15).
Menurut laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan untuk PRN dan PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemaskini hingga 21 Jun 2023.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRN di enam negeri serta PRK Kuala Terengganu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos, manakala hari pengundian pada 12 Ogos ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari penamaan calon hingga 11.59 malam, 11 Ogos.
PRN ini melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40) Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.
PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada PRU15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa keluar peti undi selepas pusat pengundian di Bilik Maklumat Balai Polis Kerteh ditutup tepat pada 12 tengah hari. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRN: Pusat mengundi di enam negeri, PRK Kuala Terengganu ditutup, proses kira undi bermula
Kesemua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.
Undi awal PRN enam negeri, PRK Kuala Terengganu mula dikira
Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mula dikira.
PRN: Lima negeri catat peratusan keluar mengundi lebih 60 peratus setakat 4 petang
Lima negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus setakat pukul 4 petang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Cuaca baik di hampir semua negeri terlibat PRN
Cuaca baik mendorong para pengundi di beberapa negeri memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka.
Pusat pengundian PRN enam negeri, PRK Kuala Terengganu dibuka 8 pagi ini
Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi ini.
PRN: 72,554 pengundi awal laksana tanggungjawab - SPR
Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini.
PRN: Semua pusat pengundian awal ditutup
Kesemua 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri ditutup pada 5 petang tadi.
[KOLUMNIS] PRN enam negeri, impaknya nasional
Di atas kertas, PRN hanya membabitkan enam buah negeri. Tetapi impaknya merentasi seluruh negara. Seolah-olah kesannya melibatkan seluruh nasional.
PRN: 41 calon Bebas bertanding kali ini
Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang menyaksikan jumlah keseluruhan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding menarik penyertaan 41 calon Bebas.
SPRM buka bilik gerakan bagi PRN enam negeri, PRK Parlimen Kuala Terengganu
SPRM memaklumkan kesemua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga hari pengundian pada 12 Ogos.