awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produktiviti buruh negara catat pertumbuhan memberangsangkan - PM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/11/2017
09:00 MYT
Produktiviti buruh negara catat pertumbuhan memberangsangkan - PM
NAJIB memaklumkan produktiviti buruh negara mencatatkan pertumbuhan kepada 4.2 peratus bagi suku ketiga tahun ini, lebih tinggi daripada sasaran purata pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7 peratus yang ditetapkan di bawah RMK11. - Gambar BERNAMA
Produktiviti buruh negara mencatatkan pertumbuhan kepada 4.2 peratus bagi suku ketiga tahun ini, lebih tinggi daripada sasaran purata pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7 peratus yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah itu adalah berdasarkan pertumbuhan mampan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 6.2 peratus dan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak dua peratus bagi suku ketiga tahun ini.
"Peningkatan produktiviti buruh berkenaan telah disumbangkan oleh empat sektor utama iaitu pertanian (5.2%), pembuatan (5.1%), pembinaan (4.8%), dan perkhidamtan (3.7%).
"Mesyuarat hari ini juga telah memutuskan bahawa soal produktivti akan dijadikan sebagai sebahagian daripada agenda nasional yang akan diberi keutamaan tinggi oleh kerajaan dengan kerjasama pihak industri, swasta dan badan lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Laporan Produktiviti Buruh Suku Tahunan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Produktiviti Negara di Parlimen hari ini.
Perdana Menteri berkata, pencapaian produktiviti buruh setakat ini memberangsangkan dan ia selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai ekonomi yang didorong oleh produktiviti.
Kata Najib, MPN juga percaya pencapaian berkenaan dapat dikekalkan untuk menghasilkan kadar pertumbuhan ekonomi mampan serta bersifat inklusif yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#agenda
#ekonomi
#KDNK
#Laporan Produktiviti Buruh Suku Tahunan
#Majlis Produktiviti Negara
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Produktiviti buruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan