awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang, ribut salji diramal di seluruh Jepun
Penambahbaikan waktu bekerja, elaun lebih masa - KPPA
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program kesihatan MASCHON sasar 1,500 B40, Orang Asli

Bernama
Bernama
24/09/2025
14:45 MYT
Program kesihatan MASCHON sasar 1,500 B40, Orang Asli
Muhammad Kamil (tengah) beramah mesra bersama pesakit ketika hadir pada Majlis Pelancaran MASCHON di Dewan NCMS-CARITAS, Kampung Simee hari ini. Turut hadir Dr. Murallitharan (kanan). - Gambar Bernama
IPOH: Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) menyasarkan 1,500 individu berpendapatan rendah (B40) khususnya dalam kalangan wanita dan komuniti Orang Asli untuk menyertai program Rangkaian Pusat Pencerapan Kesihatan Komuniti SDG (MASCHON).
Pengarah Urusan NCSM Prof Dr M Murallitharan berkata pelaksanaan MASCHON yang dilancarkan hari ini akan tertumpu pada tujuh kawasan terpilih iaitu Tambun, Batu Gajah, Alor Gajah, Kuala Kubu Bharu, Karak, Iskandar Puteri dan Pulau Pinang.
"MASCHON ialah platform penting untuk memperkasakan komuniti dengan ilmu dan data kesihatan, melalui kerjasama ini, kami ingin memastikan bahawa wanita dan komuniti Orang Asli bukan sahaja menerima rawatan tetapi turut terlibat aktif dalam memantau dan meningkatkan kesihatan mereka sendiri.
""Fokus utama kami termasuk mempromosikan penyertaan inklusif dalam SDG (Matlamat Pembangunan Mampan) terutamanya berkaitan isu-isu kesihatan tempatan seperti kesihatan seksual dan reproduktif, malnutrisi serta pencegahan dan pengurusan penyakit tidak berjangkit," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran MASCHON di Dewan NCMS-CARITAS di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.
Murallitharan berkata program tersebut akan memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu nutrisi dan pemakanan sihat, hak kesihatan seksual dan reproduktif serta pencegahan dan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD).
"Kami telah beroperasi selama kira-kira dua tahun di tapak ini dan pada tahun lepas kami telah dengan jayanya melakukan vaksinasi percuma HPV kepada lebih 20,000 wanita di seluruh negeri Perak dengan kos dianggarkan kira-kira RM7 juta," katanya.
Beliau berkata pihaknya menjalankan saringan kanser dan saringan kesihatan menerusi kerjasama klinik bergerak di seluruh negeri selain aktiviti komuniti,
Laporan Registri Kanser Kebangsaan 2017 hingga 2021 menunjukkan peningkatan membimbangkan penyakit itu di Perak membabitkan 65.3 peratus kes kanser dilaporkan pada tahap lewat iaitu tahap tiga atau empat berbanding 63.7 peratus pada lima tahun sebelumnya.
Di samping itu, Perak juga merupakan antara tiga negeri teratas dengan jumlah kes tertinggi bagi beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara dan paru-paru, selain kerugian ekonomi negeri akibat penyakit itu dilaporkan kira-kira RM6.94 juta setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MASCHON
#B40
#Orang Asli
#saringan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan