awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
418 Notis Pemberitahuan Kesalahan kes buang sampah kecil setakat 22 Januari - SWCorp
Kementerian Perpaduan lancar Koleksi Digital British Colonial Office
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Malaysia Prihatin platform kempen kesedaran bahaya COVID-19, kepentingan vaksin

Bernama
Bernama
02/04/2021
08:41 MYT
Program Malaysia Prihatin platform kempen kesedaran bahaya COVID-19, kepentingan vaksin
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyampaikan ucapan pada Program Malaysia Prihatin di Dewan Serbaguna, Taman Kota Tampan, hari ini. - BERNAMA
LENGGONG: Kerajaan kini memanfaatkan sepenuhnya Program Malaysia Prihatin untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya COVID-19 serta pentingnya pengambilan vaksin bagi mencegah jangkitan itu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Katanya setakat ini jumlah mereka yang mendaftar untuk pengambilan vaksin COVID-19 terlalu rendah.
"Dalam program Malaysia Prihatin ini kita berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan bergerak bersama untuk menghentikan wabak COVID-19," katanya dalam ucapan pada Program Malaysia Prihatin, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan jumlah mereka yang mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera semakin memperlahan dengan ketara.
Terdahulu hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diterima setakat ini hanya 7,625,478 orang atau 31.4 peratus daripada jumlah penduduk negara, dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,085,983 pendaftaran.
Dalam ucapannya itu, Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong, mengulangi bahawa vaksin yang diberikan untuk meningkatkan imunisasi penerima adalah halal dan selamat.
"Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam sudah memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan ditetapkan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Malaysia Prihatin
#kempen kesedaran
#COVID-19
#vaksin
#Menteri Tenaga dan Sumber Asli
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan