awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program saringan COVID-19 percuma di Selangor melebihi sasaran awal - Menteri Besar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
02/06/2021
07:03 MYT
Program saringan COVID-19 percuma di Selangor melebihi sasaran awal - Menteri Besar
Sasaran awal kerajaan negeri adalah sebanyak 50,000 individu namun setakat ini seramai 80,891 rakyat di negeri itu telah menyertai program berkenaan saringan COVID-19 percuma, kata Amirudin Shari. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Program saringan COVID-19 percuma anjuran kerajaan Selangor menyaksikan seramai 80,891 rakyat di negeri itu telah menyertainya.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, angka tersebut juga telah melebihi sasaran awal yang diletakkan kerajaan negeri sebelum ini iaitu seramai 50,000 individu yang akan terlibat.
Inisiatif tersebut, jelas beliau, akan diteruskan melibatkan kawasan di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.
Dalam hantaran di Facebooknya, Amirudin berkata, program berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri yang dilaksanakan melibatkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula sejak 8 Mei lalu hingga 10 Jun ini.
Setakat ini, Selangor, kata Amirudin, merupakan antara negeri yang merekodkan jumlah tertinggi bagi pertambahan kes harian baharu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Amirudin Shari
#Hulu Selangor
#Kuala Selangor
#Sabak Bernam
#ujian saringan
#Selangor
#MB Selangor
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan