awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Saringan Prihatin Perkeso hanya melalui janji temu

Bernama
Bernama
06/05/2020
20:29 MYT
Program Saringan Prihatin Perkeso hanya melalui janji temu
Ujian saringan menerusi Program Saringan Prihatin hanya akan dilaksanakan melalui janji temu. -Gambar fail
Ujian saringan menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hanya akan dilaksanakan melalui janji temu yang ditetapkan dengan penyedia perkhidmatan, berkuat kuasa serta-merta.
Perkeso dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan ini berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada majikan dan pekerja sehingga mengakibatkan kesesakan di lokasi saringan sekali gus dikhuatiri akan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, terutamanya dalam pelaksanaan jarak sosial.
"Sehingga kini, lebih 300,000 pekerja telah berdaftar untuk program saringan tersebut. Daripada jumlah tersebut, lebih 50,000 pekerja telah menjalani ujian saringan.
"Para pekerja dan majikan boleh merujuk kepada Portal PSP PERKESO https://psp.perkeso.gov.my untuk mendapatkan maklumat berhubung penyedia perkhidmatan serta janji temu bagi ujian saringan," menurut kenyataan itu.
PSP Perkeso merupakan program ujian saringan COVID-19 secara percuma kepada pekerja termasuk pekerja asing yang berdaftar dengan Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tertakluk kepada garis panduan yang disediakan bermula 27 April lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#janji temu
#koronavirus
#perkeso
#Pertubuhan Keselamatan Sosial
#Program Saringan Prihatin
#PSP
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan