awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek 5G: Kerajaan mahu selesai segera isu 5G - Fahmi

Bernama
Bernama
13/12/2022
22:45 MYT
Projek 5G: Kerajaan mahu selesai segera isu 5G - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dalam program rancangan Naratif Khas bertajuk 'Membina Naratif Baru' terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menunggu keputusan Jemaah Menteri berhubung hala tuju pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB), demikian menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Katanya, kementeriannya dan Kementerian Kewangan telah membincangkan pelaksanaan projek tersebut dalam mesyuarat semalam dalam usaha mencari penyelesaian segera.
"Kita masih perlu selesaikan segera supaya rakyat, sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menggunakan infrastruktur ini yang akan membantu melonjakkan aktiviti perniagaan industri atau kehidupan seharian," katanya.dalam temu bual Bicara Naratif bertajuk 'Membina Naratif Baharu' terbitan Berita RTM di Angkasapuri, malam tadi.
Mengakui tidak dapat menyelesaikan dalam sekelip mata, namun Fahmi yakin isu 5G perlu diselesaikan segera sebelum melangkah ke era rangkaian 6G yang menurutnya masih awal bagi Malaysia.
DNB, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) milik kerajaan untuk membangunkan teknologi 5G, komited mempercepat jadual melancarkan liputan 5G kepada 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang 2024.
Sementara itu, Fahmi. yang juga Ketua Penerangan PKR, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan untuk mengutamakan penyelesaian terhadap masalah rakyat berbanding fokus terhadap jenama atau slogan baharu bagi setiap kementerian.
Katanya, perkara tersebut adalah berdasarkan kesedaran bahawa rakyat tidak lagi dahagakan barisan kepimpinan yang berfokuskan retorik semata-mata, malah mahukan kerajaan yang mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
"Orang tidak mahu dengar retorik dan slogan. Malah itu teguran perdana menteri, beliau kata janganlah kita ada jenama baharu. Kita fokus untuk selesaikan masalah rakyat," katanya.
Dalam program berdurasi satu jam itu, Fahmi juga memaklumkan akronim yang akan digunakan bagi Kementerian Komunikasi dan Digital kini adalah KKD.
Sebelum ini, kementerian tersebut dikenali sebagai K-KOMM iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#5G
#DNB
#Menteri Komunikasi dan Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan