awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebar maklumat perjawatan ATM: Beberapa pegawai dipanggil polis beri keterangan
'MU menang, cucu saya tak puas hati', seloroh PM Anwar
Arkitek JKR mengaku tidak bersalah dakwaan tuntutan elaun perjalanan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Hidroelektrik Nenggiri jadi pemangkin pembangunan Kelantan, tingkatkan TBB negara

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/06/2022
10:52 MYT
Projek Hidroelektrik Nenggiri jadi pemangkin pembangunan Kelantan, tingkatkan TBB negara
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (dua, kanan) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri hari ini. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Projek Hidroelektrik Nenggiri bernilai RM5 bilion di sini bakal memberi manfaat besar terhadap pembangunan negeri Kelantan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata. projek hidroelektrik yang menyalurkan 300 megawatt (MW) itu akan turut meningkatkan kepasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia.
Menurutnya, projek Hidroelektrik Nenggiri secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran sebanyak 40 peratus kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2035.
Selain itu, projek itu mampu menjana tenaga serta-merta bagi memastikan kestabilan dan daya harap bekalan elektrik kepada Grid Nasional sekiranya berlaku gangguan.
"Projek yang mampu menjana tenaga serta merta ini boleh membantu memastikan kestabilan dan daya harap bekalan elektrik kepada Grid Nasional sekiranya berlaku gangguan dan bakal memberi manfaat besar kepada Kelantan.
"Projek berimpak tinggi ini dijangka dapat membantu kerajaan Kelantan meminima kesan fenomena banjir besar yang kerap melanda selain mengatasi isu pembekalan air bersih serta pengairan dan membuka peluang pekerjaan ketika pembinaan dan pelbagai potensi kegiatan apabila siap kelak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri, di Kampung Star, Gua Musang, Kelantan.
Majlis Pecah Tanah projek berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Projek Hidroelektrik Nenggiri dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2027.
Topic Berkaitan
#Projek Hidroelektrik Nenggiri
#Takiyuddin Hassan
#Gua Musang
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan