CHUKAI: Projek pembinaan Hospital Kemaman baharu di Kijal kini telah siap 75 peratus dan dijangka selesai sepenuhnya pada Ogos tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata hospital yang melibatkan perbelanjaan RM450 juta itu akan dilengkapi 300 unit katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar dan klinik rawatan harian.
"Projek ini agak besar...dan akan dilengkapi dengan peralatan dan perubatan yang mungkin lebih baik dan canggih.
"Bulan Ogos insya-Allah harapnya siap dan sebelum berakhir tahun hadapan boleh digunakan," katanya kepada media selepas melawat Klinik Kesihatan Air Putih di sini hari ini.
Ditanya mengenai Hospital Kemaman sedia ada dekat sini yang masih digunakan, Dr Zaliha berkata hospital itu akan dijadikan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kemaman, yang akan memberi keutamaan spesifik kepada dua golongan itu.
Mengenai pembangunan fasiliti kesihatan di Terengganu, Dr Zaliha berkata sebanyak 58 klinik daif telah dikenal pasti dan daripada jumlah itu 54 klinik telah dibaiki dan dinaik taraf, manakala empat lagi akan siap selewat-lewatnya akhir tahun ini.
"Tahun hadapan pula kita rancang untuk tingkat kualiti dan kemudahan infrastruktur dan fasiliti kesihatan Terengganu melalui Belanjawan 2024, membabitkan RM175 juta melibatkan beberapa projek termasuk sembilan projek baru dan 11 projek sambungan," katanya.
Ditanya persiapan banjir, pihaknya telah mengenal pasti beberapa fasiliti kesihatan di Terengganu yang berisiko dilanda banjir, namun persiapan awal telah diambil termasuk bersedia memindahkan pesakit terkesan ke fasiliti kesihatan lain.
Mengenai pesakit yang ingin mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Dis ini, Dr Zaliha berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), untuk membantu pesakit yang stabil menjalankan tanggungjawab mereka.
Ditanya mengenai Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, Dr Zaliha berkata ia akan dibentangkan segera dan melibatkan beberapa pindaan.
Sebelum ini, pembentangan rang undang-undang itu yang dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.
Undang-undang itu bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Dr Zaliha berkata hospital yang melibatkan perbelanjaan RM450 juta itu akan dilengkapi 300 unit katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar dan klinik rawatan harian. -Gambar fail/Bernama
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Projek Hospital Kemaman baharu kini 75 peratus, siap Ogos 2024
Hospital yang melibatkan perbelanjaan RM450 juta itu akan dilengkapi 300 unit katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar dan klinik rawatan harian.
Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman
Kejadian berlaku selepas MPV yang dipandu pesara tentera itu hilang kawalan ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya yang berhadapan taska tersebut.
Korban nahas tragedi 3 Syawal di Chukai meningkat ke enam orang
KORBAN NAHAS TRAGEDI 3 SYAWAL DI CHUKAI MENINGKAT KE ENAM ORANG
Cabul pesakit kanak-kanak: Doktor direman tujuh hari
Perintah reman sehingga 16 Februari itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin bagi membolehkan siasatan lanjut kes dilakukan.
Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan
Doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.
Ibu reda, bayi 'pergi' selepas dua hari dilahirkan
Nur Hakimah berkata, bayinya yang dinamakan Ainul Syahidah Syahmiezan meninggal dunia jam 10.45 pagi di Hospital Kemaman.
Dugaan Ramadan, 18 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
Ketika kejadian kesemua mangsa berada di dalam rumah dan sebahagian mangsa sedang tidur.
Bayi maut ditikam: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman
Seorang remaja perempuan yang juga dipercayai suspek pembunuhan seorang bayi ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Penunggang, pembonceng motosikal maut bertembung kereta
Kedua-dua mangsa terseret kira-kira lapan meter sebelum kereta tersebut terjunam ke dalam cerun berhampiran.
Pekerja ladang maut motosikal dirempuh treler
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Ayer Putih selepas selesai tugasan di ladang tersebut.