awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek jambatan baharu Kampung Setol dalam proses perolehan

Bernama
Bernama
06/11/2021
20:39 MYT
Projek jambatan baharu Kampung Setol dalam proses perolehan
Mahdzir berkata hanya projek membina jambatan baharu tersebut belum dilaksanakan manakala kerja baik pulih lain sedang berjalan. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA NERANG: Projek pembinaan jambatan baharu di Kampung Setol, Yan bagi menggantikan jambatan yang runtuh akibat tragedi kepala air pada 18 Ogos lepas kini dalam proses perolehan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehubungan itu, kementeriannya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menyediakan jambatan bailey dalam masa terdekat bagi kegunaan penduduk buat sementara waktu.
"Apabila kita masuk nak buat jambatan (baharu) itu ia ada reka bentuk, kena direka bentuk oleh JKR, jadi mengambil sedikit masa untuk membina jambatan (kekal) baharu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di sini pada Sabtu.
Khamis lepas, lebih 500 penduduk kampung itu dilaporkan menggesa kerajaan mempercepat pembinaan jambatan baharu itu selepas kemudahan tersebut runtuh akibat tragedi kepala air berkenaan.
Mahdzir berkata hanya projek membina jambatan baharu tersebut belum dilaksanakan kementeriannya manakala kerja baik pulih lain sedang dilakukan seperti tabika Kemas dan jalan kampung.
Mengenai banjir di Kedah, beliau berkata jalan kampung yang berada di bawah tanggungjawab kementeriannya didapati tidak banyak terjejas setakat ini namun terdapat tempat yang memerlukan pembaikan dengan kerjasama pejabat daerah.
Setakat 4 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan seramai 858 orang daripada 233 keluarga dengan 11 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Pendang, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#jambatan
#Kampung Setol
#kepala air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan