awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek sumber air baharu dibangunkan di Selangor - Azmin

Bernama
Bernama
30/10/2015
13:00 MYT
Projek sumber air baharu dibangunkan di Selangor - Azmin
Kerajaan Selangor akan membangunkan projek sumber air baharu bagi memitigasikan sebarang kemungkinan kekurangan bekalan air memandangkan projek Langat 2 hanya dijangka siap pada pertengahan 2019. -Gambar Astro AWANI
Kerajaan Selangor akan membangunkan projek sumber air baharu bagi memitigasikan sebarang kemungkinan kekurangan bekalan air memandangkan projek Langat 2 hanya dijangka siap pada pertengahan 2019.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata projek sumber air baharu yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan dengan kos RM778 juta adalah Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat dan Loji Rawatan Air Semenyih 2, Jenderam Hilir.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan bajet 2016 berjumlah RM2.88 bilion bagi negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
"Mulai 15 Okt lepas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, anak syarikat penuh kerajaan negeri, juga telah secara rasmi diambil alih pengurusan operasi Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) dan Puncak Niaga Sdn Bhd," katanya.
"Insya-Allah tidak akan berlaku lagi catuan bekalan air di Selangor," kata Mohamed Azmin.
Beliau turut memaklumkan sidang itu bahawa kerajaan negeri akan memulakan kajian komprehensif pembangunan Sungai Klang membabitkan peruntukan RM15 juta tahun depan.
Topic Berkaitan
#air
#Azmin Ali
#catu
#mitigasi
#penstrukturan semula industri
#Selangor
#sumber air baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan