awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proklamasi darurat langkah tepat untuk negara - Ketua Penerangan PBB

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2021
10:35 MYT
Proklamasi darurat langkah tepat untuk negara - Ketua Penerangan PBB
Idris berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih selamat sekiranya kerajaan negeri mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12. FOTO:BERNAMA
KUCHING:Pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan satu langkah tepat dalam menangani penularan pandemik COVID-19.
Demikian kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang yang juga menyifatkan pengisytiharan itu mampu meneruskan kestabilan negara.
“Saya berpendapat titah yang dibuat ini merupakan langkah yang bijak dan tepat memandangkan peningkatan kes positif COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
“Sekiranya keputusan sebegini tidak diambil, saya pasti negara akan berada dalam satu keadaan yang tidak menentu dan kestabilan perlu terus dipertahankan,” katanya.
Idris turut berharap agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih selamat sekiranya kerajaan negeri mahu menjayakan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN 12).
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.
Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Topic Berkaitan
#Proklamasi Darurat
#langkah memerangi COVID-19
#kestabilan negara
#SOP PRN Sarawak
#garis panduan PRN
#Malaysia Darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan