awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses damai selatan Filipina penting bagi keselamatan Sabah - Hishammuddin

Bernama
Bernama
20/03/2016
09:07 MYT
Proses damai selatan Filipina penting bagi keselamatan Sabah - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Perkembangan semasa di Sabah turut bergantung kepada keputusan pilihan raya presiden Filipina.
Keadaan keselamatan di Sabah sedikit sebanyak bergantung kepada kejayaan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan negara itu yang bersempadan dengan Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata sekiranya proses damai berkenaan tidak dipertahankan dan dicapai ia berkemungkinan akan mencetuskan pergolakan di Lautan Sulu dan akan membawa kesan kepada aspek keselamatan di Sabah.
"Kalau sekiranya tidak dapat dipertahankan proses damai itu, saya bimbang mungkin berlaku pergolakan di Lautan Sulu dan ia sedikit sebanyak akan membawa kesan kepada kita di Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis persandingan anak lelaki Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Nashriq dan pasangannya Aiman Shaheerah Faeiz di Dewan Padang Luas, Kerayong di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata sehubungan itu perkembangan semasa di Sabah turut bergantung kepada keputusan pilihan raya presiden Filipina pada 9 Mei nanti.
Katanya ini kerana langkah seterusnya ke arah proses damai di Mindanao dan selatan Filipina itu nanti akan ditentukan selepas pemilihan Presiden Filipina yang baharu.
"Malaysia sendiri memain peranan yang besar (dalam proses damai itu), jadi saya telah membuat keputusan untuk tunggu presiden (Filipina) yang baru (dilantik) untuk memikirkan masa depan Mindanao dan di selatan Filipina," katanya.
Hishammuddin berkata kerajaan bagaimanapun sentiasa memastikan keselamatan rakyat negara ini khususnya di Sabah adalah terjamin daripada segala sebarang ancaman jahat pihak luar.
Beliau berkata sejak kes pencerobohan Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 2013, kerajaan melaksanakan pelbagai langkah untuk memantapkan lagi sistem pertahanan negara termasuk menaik taraf lapangan terbang di Lahad Datu dan melengkapkan helikopter dengan senjata.
Katanya satu lagi batalion pasukan keselamatan akan diwujudkan di Sabah.
Topic Berkaitan
#berita terkini selatan Filipina
#Hishammuddin Hussein
#Lautan Sulu
#MILF
#proses damai selatan Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan